وَٱلۡفَجۡرِ
Ayat 1
Terjemahan maknaDemi waktu fajar
سُوْرَةُ الْفَجْرِ
Surah 89ayat 30 Diturunkan di MakkiyahJuzuk 30–30
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡفَجۡرِ
Ayat 1
Terjemahan maknaDemi waktu fajar
وَلَيَالٍ عَشۡرࣲ
Ayat 2
Terjemahan maknaDan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)
وَٱلشَّفۡعِ وَٱلۡوَتۡرِ
Ayat 3
Terjemahan maknaDan bilangan yang genap serta yang ganjil
وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَسۡرِ
Ayat 4
Terjemahan maknaDan malam, apabila ia berlalu
هَلۡ فِي ذَٰلِكَ قَسَمࣱ لِّذِي حِجۡرٍ
Ayat 5
Terjemahan maknaBukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna
أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ
Ayat 6
Terjemahan makna(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)
إِرَمَ ذَاتِ ٱلۡعِمَادِ
Ayat 7
Terjemahan maknaIaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)
ٱلَّتِي لَمۡ يُخۡلَقۡ مِثۡلُهَا فِي ٱلۡبِلَٰدِ
Ayat 8
Terjemahan maknaYang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)
وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُواْ ٱلصَّخۡرَ بِٱلۡوَادِ
Ayat 9
Terjemahan maknaDan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)
وَفِرۡعَوۡنَ ذِي ٱلۡأَوۡتَادِ
Ayat 10
Terjemahan maknaDan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh
ٱلَّذِينَ طَغَوۡاْ فِي ٱلۡبِلَٰدِ
Ayat 11
Terjemahan makna(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing)
فَأَكۡثَرُواْ فِيهَا ٱلۡفَسَادَ
Ayat 12
Terjemahan maknaLalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu
فَصَبَّ عَلَيۡهِمۡ رَبُّكَ سَوۡطَ عَذَابٍ
Ayat 13
Terjemahan maknaDengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab
إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلۡمِرۡصَادِ
Ayat 14
Terjemahan maknaSesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
فَأَمَّا ٱلۡإِنسَٰنُ إِذَا مَا ٱبۡتَلَىٰهُ رَبُّهُۥ فَأَكۡرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّيٓ أَكۡرَمَنِ
Ayat 15
Terjemahan makna(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku
وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبۡتَلَىٰهُ فَقَدَرَ عَلَيۡهِ رِزۡقَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّيٓ أَهَٰنَنِ
Ayat 16
Terjemahan maknaDan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku
كَلَّاۖ بَل لَّا تُكۡرِمُونَ ٱلۡيَتِيمَ
Ayat 17
Terjemahan maknaJangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya)
وَلَا تَحَٰٓضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ
Ayat 18
Terjemahan maknaDan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin
وَتَأۡكُلُونَ ٱلتُّرَاثَ أَكۡلࣰ ا لَّمࣰّ ا
Ayat 19
Terjemahan maknaDan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya)
وَتُحِبُّونَ ٱلۡمَالَ حُبࣰّ ا جَمࣰّ ا
Ayat 20
Terjemahan maknaSerta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba
كَلَّآۖ إِذَا دُكَّتِ ٱلۡأَرۡضُ دَكࣰّ ا دَكࣰّ ا
Ayat 21
Terjemahan maknaJangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya
وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلۡمَلَكُ صَفࣰّ ا صَفࣰّ ا
Ayat 22
Terjemahan maknaDan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah)
وَجِاْيٓءَ يَوۡمَئِذِۭ بِجَهَنَّمَۚ يَوۡمَئِذࣲ يَتَذَكَّرُ ٱلۡإِنسَٰنُ وَأَنَّىٰ لَهُ ٱلذِّكۡرَىٰ
Ayat 23
Terjemahan maknaSerta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya
يَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي قَدَّمۡتُ لِحَيَاتِي
Ayat 24
Terjemahan maknaIa akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)
فَيَوۡمَئِذࣲ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُۥٓ أَحَدࣱ
Ayat 25
Terjemahan maknaMaka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah
وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُۥٓ أَحَدࣱ
Ayat 26
Terjemahan maknaDan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya
يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَئِنَّةُ
Ayat 27
Terjemahan makna(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya
ٱرۡجِعِيٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةࣰ مَّرۡضِيَّةࣰ
Ayat 28
Terjemahan maknaKembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)
فَٱدۡخُلِي فِي عِبَٰدِي
Ayat 29
Terjemahan maknaSerta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
وَٱدۡخُلِي جَنَّتِي
Ayat 30
Terjemahan maknaDan masuklah ke dalam SyurgaKu