Panduan Al-Quran Dalam Talian

سُوْرَةُ الْغَاشِيَةِ

Al-Ghaashiya

Surah 88ayat 26 Diturunkan di MakkiyahJuzuk 30–30

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

88:1

هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلۡغَٰشِيَةِ

Ayat 1

Terjemahan maknaSudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi

88:2

وُجُوهࣱ يَوۡمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ

Ayat 2

Terjemahan maknaMuka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina

88:3

عَامِلَةࣱ نَّاصِبَةࣱ‏

Ayat 3

Terjemahan maknaMereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah

88:4

تَصۡلَىٰ نَارًا حَامِيَةࣰ‏

Ayat 4

Terjemahan maknaMereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar)

88:5

تُسۡقَىٰ مِنۡ عَيۡنٍ ءَانِيَةࣲ‏

Ayat 5

Terjemahan maknaMereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya

88:6

لَّيۡسَ لَهُمۡ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعࣲ‏

Ayat 6

Terjemahan maknaTiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri

88:7

لَّا يُسۡمِنُ وَلَا يُغۡنِي مِن جُوعࣲ‏

Ayat 7

Terjemahan maknaYang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun

88:8

وُجُوهࣱ يَوۡمَئِذࣲ نَّاعِمَةࣱ‏

Ayat 8

Terjemahan makna(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri

88:9

لِّسَعۡيِهَا رَاضِيَةࣱ‏

Ayat 9

Terjemahan maknaBerpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia)

88:10

فِي جَنَّةٍ عَالِيَةࣲ‏

Ayat 10

Terjemahan makna(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya)

88:11

لَّا تَسۡمَعُ فِيهَا لَٰغِيَةࣰ‏

Ayat 11

Terjemahan maknaMereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia

88:12

فِيهَا عَيۡنࣱ جَارِيَةࣱ‏

Ayat 12

Terjemahan maknaDi dalam Syurga itu ada matair yang mengalir

88:13

فِيهَا سُرُرࣱ مَّرۡفُوعَةࣱ‏

Ayat 13

Terjemahan maknaDi situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya)

88:14

وَأَكۡوَابࣱ مَّوۡضُوعَةࣱ‏

Ayat 14

Terjemahan maknaDan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka)

88:15

وَنَمَارِقُ مَصۡفُوفَةࣱ‏

Ayat 15

Terjemahan maknaDan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar)

88:16

وَزَرَابِيُّ مَبۡثُوثَةٌ

Ayat 16

Terjemahan maknaSerta hamparan-hamparan yang terbentang

88:17

أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلۡإِبِلِ كَيۡفَ خُلِقَتۡ

Ayat 17

Terjemahan makna(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan

88:18

وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيۡفَ رُفِعَتۡ

Ayat 18

Terjemahan maknaDan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya

88:19

وَإِلَى ٱلۡجِبَالِ كَيۡفَ نُصِبَتۡ

Ayat 19

Terjemahan maknaDan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan

88:20

وَإِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَيۡفَ سُطِحَتۡ

Ayat 20

Terjemahan maknaDan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan

88:21

فَذَكِّرۡ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرࣱ‏

Ayat 21

Terjemahan maknaOleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan

88:22

لَّسۡتَ عَلَيۡهِم بِمُصَيۡطِرٍ

Ayat 22

Terjemahan maknaBukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)

88:23

إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ

Ayat 23

Terjemahan maknaAkan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar

88:24

فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَكۡبَرَ

Ayat 24

Terjemahan maknaMaka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya

88:25

إِنَّ إِلَيۡنَآ إِيَابَهُمۡ

Ayat 25

Terjemahan maknaSesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka

88:26

ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا حِسَابَهُم

Ayat 26

Terjemahan maknaSelain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka

Tetapan