لَآ أُقۡسِمُ بِهَٰذَا ٱلۡبَلَدِ
Ayat 1
Terjemahan maknaAku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini
سُوْرَةُ الْبَلَدِ
Surah 90ayat 20 Diturunkan di MakkiyahJuzuk 30–30
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَآ أُقۡسِمُ بِهَٰذَا ٱلۡبَلَدِ
Ayat 1
Terjemahan maknaAku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini
وَأَنتَ حِلُّۢ بِهَٰذَا ٱلۡبَلَدِ
Ayat 2
Terjemahan maknaSedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas)
وَوَالِدࣲ وَمَا وَلَدَ
Ayat 3
Terjemahan maknaDemi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya
لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ فِي كَبَدٍ
Ayat 4
Terjemahan maknaSesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)
أَيَحۡسَبُ أَن لَّن يَقۡدِرَ عَلَيۡهِ أَحَدࣱ
Ayat 5
Terjemahan maknaPatutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)
يَقُولُ أَهۡلَكۡتُ مَالࣰ ا لُّبَدًا
Ayat 6
Terjemahan maknaManusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa)
أَيَحۡسَبُ أَن لَّمۡ يَرَهُۥٓ أَحَدٌ
Ayat 7
Terjemahan maknaAdakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu)
أَلَمۡ نَجۡعَل لَّهُۥ عَيۡنَيۡنِ
Ayat 8
Terjemahan makna(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami)
وَلِسَانࣰ ا وَشَفَتَيۡنِ
Ayat 9
Terjemahan maknaDan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)
وَهَدَيۡنَٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ
Ayat 10
Terjemahan maknaDan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)
فَلَا ٱقۡتَحَمَ ٱلۡعَقَبَةَ
Ayat 11
Terjemahan maknaDalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan
وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡعَقَبَةُ
Ayat 12
Terjemahan maknaDan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu
فَكُّ رَقَبَةٍ
Ayat 13
Terjemahan makna(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi
أَوۡ إِطۡعَٰمࣱ فِي يَوۡمࣲ ذِي مَسۡغَبَةࣲ
Ayat 14
Terjemahan maknaAtau memberi makan pada hari kelaparan
يَتِيمࣰ ا ذَا مَقۡرَبَةٍ
Ayat 15
Terjemahan maknaKepada anak yatim dari kaum kerabat
أَوۡ مِسۡكِينࣰ ا ذَا مَتۡرَبَةࣲ
Ayat 16
Terjemahan maknaAtau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah
ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡمَرۡحَمَةِ
Ayat 17
Terjemahan maknaSelain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang
أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ
Ayat 18
Terjemahan makna(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga)
وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِنَا هُمۡ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ
Ayat 19
Terjemahan maknaDan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri
عَلَيۡهِمۡ نَارࣱ مُّؤۡصَدَةُۢ
Ayat 20
Terjemahan maknaMereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya)