Panduan Al-Quran Dalam Talian

سُوْرَةُ الْاِنْفِطَارِ

Al-Infitaar

Surah 82ayat 19 Diturunkan di MakkiyahJuzuk 30–30

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

82:1

إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتۡ

Ayat 1

Terjemahan maknaApabila langit terbelah

82:2

وَإِذَا ٱلۡكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتۡ

Ayat 2

Terjemahan maknaDan apabila bintang-bintang gugur bertaburan

82:3

وَإِذَا ٱلۡبِحَارُ فُجِّرَتۡ

Ayat 3

Terjemahan maknaDan apabila lautan pecah bercampur-baur

82:4

وَإِذَا ٱلۡقُبُورُ بُعۡثِرَتۡ

Ayat 4

Terjemahan maknaDan apabila kubur-kubur dibongkarkan

82:5

عَلِمَتۡ نَفۡسࣱ مَّا قَدَّمَتۡ وَأَخَّرَتۡ

Ayat 5

Terjemahan makna(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya

82:6

يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلۡكَرِيمِ

Ayat 6

Terjemahan maknaWahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah

82:7

ٱلَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّىٰكَ فَعَدَلَكَ

Ayat 7

Terjemahan maknaTuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya

82:8

فِيٓ أَيِّ صُورَةࣲ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ

Ayat 8

Terjemahan maknaDalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu

82:9

كَلَّا بَلۡ تُكَذِّبُونَ بِٱلدِّينِ

Ayat 9

Terjemahan maknaSebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan

82:10

وَإِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحَٰفِظِينَ

Ayat 10

Terjemahan maknaPadahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu

82:11

كِرَامࣰ ا كَٰتِبِينَ

Ayat 11

Terjemahan makna(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu)

82:12

يَعۡلَمُونَ مَا تَفۡعَلُونَ

Ayat 12

Terjemahan maknaMereka mengetahui apa yang kamu lakukan

82:13

إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ لَفِي نَعِيمࣲ‏

Ayat 13

Terjemahan makna(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat

82:14

وَإِنَّ ٱلۡفُجَّارَ لَفِي جَحِيمࣲ‏

Ayat 14

Terjemahan maknaDan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang

82:15

يَصۡلَوۡنَهَا يَوۡمَ ٱلدِّينِ

Ayat 15

Terjemahan maknaMereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan

82:16

وَمَا هُمۡ عَنۡهَا بِغَآئِبِينَ

Ayat 16

Terjemahan maknaDan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya

82:17

وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ

Ayat 17

Terjemahan maknaDan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu

82:18

ثُمَّ مَآ أَدۡرَىٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ

Ayat 18

Terjemahan maknaSekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu

82:19

يَوۡمَ لَا تَمۡلِكُ نَفۡسࣱ لِّنَفۡسࣲ شَيۡـࣰٔ اۖ وَٱلۡأَمۡرُ يَوۡمَئِذࣲ لِّلَّهِ

Ayat 19

Terjemahan makna(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah

Tetapan