Panduan Al-Quran Dalam Talian

سُوْرَةُ التَّكْوِيْرِ

At-Takwir

Surah 81ayat 29 Diturunkan di MakkiyahJuzuk 30–30

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

81:1

إِذَا ٱلشَّمۡسُ كُوِّرَتۡ

Ayat 1

Terjemahan maknaApabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)

81:2

وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتۡ

Ayat 2

Terjemahan maknaDan apabila bintang-bintang gugur berselerak

81:3

وَإِذَا ٱلۡجِبَالُ سُيِّرَتۡ

Ayat 3

Terjemahan maknaDan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu)

81:4

وَإِذَا ٱلۡعِشَارُ عُطِّلَتۡ

Ayat 4

Terjemahan maknaDan apabila unta-unta yang bunting terbiar

81:5

وَإِذَا ٱلۡوُحُوشُ حُشِرَتۡ

Ayat 5

Terjemahan maknaDan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan

81:6

وَإِذَا ٱلۡبِحَارُ سُجِّرَتۡ

Ayat 6

Terjemahan maknaDan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur

81:7

وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتۡ

Ayat 7

Terjemahan maknaDan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya

81:8

وَإِذَا ٱلۡمَوۡءُۥدَةُ سُئِلَتۡ

Ayat 8

Terjemahan maknaDan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya

81:9

بِأَيِّ ذَنۢبࣲ قُتِلَتۡ

Ayat 9

Terjemahan maknaDengan dosa apakah ia dibunuh

81:10

وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتۡ

Ayat 10

Terjemahan maknaDan apabila surat-surat amal dibentangkan

81:11

وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتۡ

Ayat 11

Terjemahan maknaDan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya

81:12

وَإِذَا ٱلۡجَحِيمُ سُعِّرَتۡ

Ayat 12

Terjemahan maknaDan apabila neraka dinyalakan menjulang

81:13

وَإِذَا ٱلۡجَنَّةُ أُزۡلِفَتۡ

Ayat 13

Terjemahan maknaDan apabila Syurga didekatkan

81:14

عَلِمَتۡ نَفۡسࣱ مَّآ أَحۡضَرَتۡ

Ayat 14

Terjemahan makna(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya

81:15

فَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلۡخُنَّسِ

Ayat 15

Terjemahan maknaOleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul

81:16

ٱلۡجَوَارِ ٱلۡكُنَّسِ

Ayat 16

Terjemahan maknaYang beredar, juga yang tetap pada tempatnya

81:17

وَٱلَّيۡلِ إِذَا عَسۡعَسَ

Ayat 17

Terjemahan maknaDan malam, apabila ia hampir habis

81:18

وَٱلصُّبۡحِ إِذَا تَنَفَّسَ

Ayat 18

Terjemahan maknaDan siang, apabila ia mulai terang

81:19

إِنَّهُۥ لَقَوۡلُ رَسُولࣲ كَرِيمࣲ‏

Ayat 19

Terjemahan maknaSebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia

81:20

ذِي قُوَّةٍ عِندَ ذِي ٱلۡعَرۡشِ مَكِينࣲ‏

Ayat 20

Terjemahan maknaYang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy

81:21

مُّطَاعࣲ ثَمَّ أَمِينࣲ‏

Ayat 21

Terjemahan maknaYang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai

81:22

وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجۡنُونࣲ‏

Ayat 22

Terjemahan maknaDan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh)

81:23

وَلَقَدۡ رَءَاهُ بِٱلۡأُفُقِ ٱلۡمُبِينِ

Ayat 23

Terjemahan maknaDan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata

81:24

وَمَا هُوَ عَلَى ٱلۡغَيۡبِ بِضَنِينࣲ‏

Ayat 24

Terjemahan maknaDan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib

81:25

وَمَا هُوَ بِقَوۡلِ شَيۡطَٰنࣲ رَّجِيمࣲ‏

Ayat 25

Terjemahan maknaDan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam

81:26

فَأَيۡنَ تَذۡهَبُونَ

Ayat 26

Terjemahan makna(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)

81:27

إِنۡ هُوَ إِلَّا ذِكۡرࣱ لِّلۡعَٰلَمِينَ

Ayat 27

Terjemahan maknaAl-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam

81:28

لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَسۡتَقِيمَ

Ayat 28

Terjemahan maknaIaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul

81:29

وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Ayat 29

Terjemahan maknaDan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam

Tetapan