وَٱلنَّٰزِعَٰتِ غَرۡقࣰ ا
Ayat 1
Terjemahan maknaDemi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya
سُوْرَةُ النَّازِعَاتِ
Surah 79ayat 46 Diturunkan di MakkiyahJuzuk 30–30
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلنَّٰزِعَٰتِ غَرۡقࣰ ا
Ayat 1
Terjemahan maknaDemi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya
وَٱلنَّٰشِطَٰتِ نَشۡطࣰ ا
Ayat 2
Terjemahan maknaDan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya
وَٱلسَّٰبِحَٰتِ سَبۡحࣰ ا
Ayat 3
Terjemahan maknaDan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya
فَٱلسَّٰبِقَٰتِ سَبۡقࣰ ا
Ayat 4
Terjemahan maknaLalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya
فَٱلۡمُدَبِّرَٰتِ أَمۡرࣰ ا
Ayat 5
Terjemahan maknaSerta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)
يَوۡمَ تَرۡجُفُ ٱلرَّاجِفَةُ
Ayat 6
Terjemahan maknaPada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan)
تَتۡبَعُهَا ٱلرَّادِفَةُ
Ayat 7
Terjemahan maknaTiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing)
قُلُوبࣱ يَوۡمَئِذࣲ وَاجِفَةٌ
Ayat 8
Terjemahan maknaHati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut
أَبۡصَٰرُهَا خَٰشِعَةࣱ
Ayat 9
Terjemahan maknaPemandangannya tunduk gerun
يَقُولُونَ أَءِنَّا لَمَرۡدُودُونَ فِي ٱلۡحَافِرَةِ
Ayat 10
Terjemahan maknaMereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu
أَءِذَا كُنَّا عِظَٰمࣰ ا نَّخِرَةࣰ
Ayat 11
Terjemahan maknaBolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput
قَالُواْ تِلۡكَ إِذࣰ ا كَرَّةٌ خَاسِرَةࣱ
Ayat 12
Terjemahan maknaMereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan
فَإِنَّمَا هِيَ زَجۡرَةࣱ وَٰحِدَةࣱ
Ayat 13
Terjemahan makna(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua)
فَإِذَا هُم بِٱلسَّاهِرَةِ
Ayat 14
Terjemahan maknaYang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata
هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِيثُ مُوسَىٰٓ
Ayat 15
Terjemahan maknaSudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa
إِذۡ نَادَىٰهُ رَبُّهُۥ بِٱلۡوَادِ ٱلۡمُقَدَّسِ طُوًى
Ayat 16
Terjemahan maknaKetika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci
ٱذۡهَبۡ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ
Ayat 17
Terjemahan makna(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya)
فَقُلۡ هَل لَّكَ إِلَىٰٓ أَن تَزَكَّىٰ
Ayat 18
Terjemahan maknaSerta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)
وَأَهۡدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخۡشَىٰ
Ayat 19
Terjemahan maknaDan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)
فَأَرَىٰهُ ٱلۡأٓيَةَ ٱلۡكُبۡرَىٰ
Ayat 20
Terjemahan makna(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar
فَكَذَّبَ وَعَصَىٰ
Ayat 21
Terjemahan maknaLalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah)
ثُمَّ أَدۡبَرَ يَسۡعَىٰ
Ayat 22
Terjemahan maknaKemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa)
فَحَشَرَ فَنَادَىٰ
Ayat 23
Terjemahan maknaLalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru
فَقَالَ أَنَا۠ رَبُّكُمُ ٱلۡأَعۡلَىٰ
Ayat 24
Terjemahan maknaDengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi
فَأَخَذَهُ ٱللَّهُ نَكَالَ ٱلۡأٓخِرَةِ وَٱلۡأُولَىٰٓ
Ayat 25
Terjemahan maknaMaka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبۡرَةࣰ لِّمَن يَخۡشَىٰٓ
Ayat 26
Terjemahan maknaSesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya)
ءَأَنتُمۡ أَشَدُّ خَلۡقًا أَمِ ٱلسَّمَآءُۚ بَنَىٰهَا
Ayat 27
Terjemahan makna(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)
رَفَعَ سَمۡكَهَا فَسَوَّىٰهَا
Ayat 28
Terjemahan maknaIa telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya
وَأَغۡطَشَ لَيۡلَهَا وَأَخۡرَجَ ضُحَىٰهَا
Ayat 29
Terjemahan maknaDan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang
وَٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ دَحَىٰهَآ
Ayat 30
Terjemahan maknaDan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya)
أَخۡرَجَ مِنۡهَا مَآءَهَا وَمَرۡعَىٰهَا
Ayat 31
Terjemahan maknaIa mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya
وَٱلۡجِبَالَ أَرۡسَىٰهَا
Ayat 32
Terjemahan maknaDan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)
مَتَٰعࣰ ا لَّكُمۡ وَلِأَنۡعَٰمِكُمۡ
Ayat 33
Terjemahan makna(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu
فَإِذَا جَآءَتِ ٱلطَّآمَّةُ ٱلۡكُبۡرَىٰ
Ayat 34
Terjemahan maknaMaka apabila datang hari yang bencananya amat besar
يَوۡمَ يَتَذَكَّرُ ٱلۡإِنسَٰنُ مَا سَعَىٰ
Ayat 35
Terjemahan maknaIaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya
وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِمَن يَرَىٰ
Ayat 36
Terjemahan maknaDan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya
فَأَمَّا مَن طَغَىٰ
Ayat 37
Terjemahan maknaMaka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya)
وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا
Ayat 38
Terjemahan maknaSerta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata
فَإِنَّ ٱلۡجَحِيمَ هِيَ ٱلۡمَأۡوَىٰ
Ayat 39
Terjemahan maknaMaka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya
وَأَمَّا مَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفۡسَ عَنِ ٱلۡهَوَىٰ
Ayat 40
Terjemahan maknaAdapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu
فَإِنَّ ٱلۡجَنَّةَ هِيَ ٱلۡمَأۡوَىٰ
Ayat 41
Terjemahan maknaMaka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya
يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرۡسَىٰهَا
Ayat 42
Terjemahan maknaMereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya
فِيمَ أَنتَ مِن ذِكۡرَىٰهَآ
Ayat 43
Terjemahan maknaApa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu
إِلَىٰ رَبِّكَ مُنتَهَىٰهَآ
Ayat 44
Terjemahan maknaKepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya
إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخۡشَىٰهَا
Ayat 45
Terjemahan maknaTugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu
كَأَنَّهُمۡ يَوۡمَ يَرَوۡنَهَا لَمۡ يَلۡبَثُوٓاْ إِلَّا عَشِيَّةً أَوۡ ضُحَىٰهَا
Ayat 46
Terjemahan makna(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja