Panduan Al-Quran Dalam Talian

سُوْرَةُ النَّبَاِ

An-Naba

Surah 78ayat 40 Diturunkan di MakkiyahJuzuk 30–30

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

78:1

عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ

Ayat 1

Terjemahan maknaTentang apakah mereka bertanya-tanya

78:2

عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلۡعَظِيمِ

Ayat 2

Terjemahan maknaTentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya)

78:3

ٱلَّذِي هُمۡ فِيهِ مُخۡتَلِفُونَ

Ayat 3

Terjemahan maknaYang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya

78:4

كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ

Ayat 4

Terjemahan maknaJangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu)

78:5

ثُمَّ كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ

Ayat 5

Terjemahan maknaSekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka)

78:6

أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ مِهَٰدࣰ ا

Ayat 6

Terjemahan makna(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan

78:7

وَٱلۡجِبَالَ أَوۡتَادࣰ ا

Ayat 7

Terjemahan maknaDan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya

78:8

وَخَلَقۡنَٰكُمۡ أَزۡوَٰجࣰ ا

Ayat 8

Terjemahan maknaDan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang

78:9

وَجَعَلۡنَا نَوۡمَكُمۡ سُبَاتࣰ ا

Ayat 9

Terjemahan maknaDan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat

78:10

وَجَعَلۡنَا ٱلَّيۡلَ لِبَاسࣰ ا

Ayat 10

Terjemahan maknaDan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)

78:11

وَجَعَلۡنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشࣰ ا

Ayat 11

Terjemahan maknaDan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki

78:12

وَبَنَيۡنَا فَوۡقَكُمۡ سَبۡعࣰ ا شِدَادࣰ ا

Ayat 12

Terjemahan maknaDan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh

78:13

وَجَعَلۡنَا سِرَاجࣰ ا وَهَّاجࣰ ا

Ayat 13

Terjemahan maknaDan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya

78:14

وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡمُعۡصِرَٰتِ مَآءࣰ ثَجَّاجࣰ ا

Ayat 14

Terjemahan maknaDan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah

78:15

لِّنُخۡرِجَ بِهِۦ حَبࣰّ ا وَنَبَاتࣰ ا

Ayat 15

Terjemahan maknaUntuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan

78:16

وَجَنَّٰتٍ أَلۡفَافًا

Ayat 16

Terjemahan maknaSerta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya

78:17

إِنَّ يَوۡمَ ٱلۡفَصۡلِ كَانَ مِيقَٰتࣰ ا

Ayat 17

Terjemahan maknaSesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan

78:18

يَوۡمَ يُنفَخُ فِي ٱلصُّورِ فَتَأۡتُونَ أَفۡوَاجࣰ ا

Ayat 18

Terjemahan maknaIaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar)

78:19

وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ أَبۡوَٰبࣰ ا

Ayat 19

Terjemahan maknaDan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas

78:20

وَسُيِّرَتِ ٱلۡجِبَالُ فَكَانَتۡ سَرَابًا

Ayat 20

Terjemahan maknaDan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir

78:21

إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتۡ مِرۡصَادࣰ ا

Ayat 21

Terjemahan maknaSesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan

78:22

لِّلطَّٰغِينَ مَـَٔابࣰ ا

Ayat 22

Terjemahan maknaUntuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya

78:23

لَّٰبِثِينَ فِيهَآ أَحۡقَابࣰ ا

Ayat 23

Terjemahan maknaMereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya

78:24

لَّا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرۡدࣰ ا وَلَا شَرَابًا

Ayat 24

Terjemahan maknaMereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman

78:25

إِلَّا حَمِيمࣰ ا وَغَسَّاقࣰ ا

Ayat 25

Terjemahan maknaKecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir

78:26

جَزَآءࣰ وِفَاقًا

Ayat 26

Terjemahan maknaSebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk)

78:27

إِنَّهُمۡ كَانُواْ لَا يَرۡجُونَ حِسَابࣰ ا

Ayat 27

Terjemahan maknaKerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal

78:28

وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا كِذَّابࣰ ا

Ayat 28

Terjemahan maknaDan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami

78:29

وَكُلَّ شَيۡءٍ أَحۡصَيۡنَٰهُ كِتَٰبࣰ ا

Ayat 29

Terjemahan maknaDan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis

78:30

فَذُوقُواْ فَلَن نَّزِيدَكُمۡ إِلَّا عَذَابًا

Ayat 30

Terjemahan makna(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu

78:31

إِنَّ لِلۡمُتَّقِينَ مَفَازًا

Ayat 31

Terjemahan maknaSesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini

78:32

حَدَآئِقَ وَأَعۡنَٰبࣰ ا

Ayat 32

Terjemahan makna(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur

78:33

وَكَوَاعِبَ أَتۡرَابࣰ ا

Ayat 33

Terjemahan maknaDan perawan-perawan yang sebaya umurnya

78:34

وَكَأۡسࣰ ا دِهَاقࣰ ا

Ayat 34

Terjemahan maknaSerta piala atau gelas yang penuh dengan minuman

78:35

لَّا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوࣰ ا وَلَا كِذَّٰبࣰ ا

Ayat 35

Terjemahan maknaMereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta

78:36

جَزَآءࣰ مِّن رَّبِّكَ عَطَآءً حِسَابࣰ ا

Ayat 36

Terjemahan maknaSebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya)

78:37

رَّبِّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا ٱلرَّحۡمَٰنِۖ لَا يَمۡلِكُونَ مِنۡهُ خِطَابࣰ ا

Ayat 37

Terjemahan maknaTuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu)

78:38

يَوۡمَ يَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ صَفࣰّ اۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنۡ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحۡمَٰنُ وَقَالَ صَوَابࣰ ا

Ayat 38

Terjemahan makna(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar

78:39

ذَٰلِكَ ٱلۡيَوۡمُ ٱلۡحَقُّۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔابًا

Ayat 39

Terjemahan maknaItulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)

78:40

إِنَّآ أَنذَرۡنَٰكُمۡ عَذَابࣰ ا قَرِيبࣰ ا يَوۡمَ يَنظُرُ ٱلۡمَرۡءُ مَا قَدَّمَتۡ يَدَاهُ وَيَقُولُ ٱلۡكَافِرُ يَٰلَيۡتَنِي كُنتُ تُرَٰبَۢا

Ayat 40

Terjemahan maknaSesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)

Tetapan