إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ
Ayat 1
Terjemahan maknaApabila berlaku hari kiamat itu
سُوْرَةُ الْوَاقِعَةِ
Surah 56ayat 96 Diturunkan di MakkiyahJuzuk 27–27
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ
Ayat 1
Terjemahan maknaApabila berlaku hari kiamat itu
لَيۡسَ لِوَقۡعَتِهَا كَاذِبَةٌ
Ayat 2
Terjemahan maknaTiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya
خَافِضَةࣱ رَّافِعَةٌ
Ayat 3
Terjemahan maknaKejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat)
إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجࣰّ ا
Ayat 4
Terjemahan makna(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan
وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسࣰّ ا
Ayat 5
Terjemahan maknaDan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya
فَكَانَتۡ هَبَآءࣰ مُّنۢبَثࣰّ ا
Ayat 6
Terjemahan maknaLalu menjadilah ia debu yang bertebaran
وَكُنتُمۡ أَزۡوَٰجࣰ ا ثَلَٰثَةࣰ
Ayat 7
Terjemahan maknaDan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya)
فَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ
Ayat 8
Terjemahan maknaIaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu
وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ
Ayat 9
Terjemahan maknaDan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu
وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلسَّٰبِقُونَ
Ayat 10
Terjemahan maknaDan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak)
أُوْلَٰٓئِكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ
Ayat 11
Terjemahan maknaMereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah)
فِي جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ
Ayat 12
Terjemahan makna(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat
ثُلَّةࣱ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ
Ayat 13
Terjemahan makna(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu
وَقَلِيلࣱ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ
Ayat 14
Terjemahan maknaDan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian
عَلَىٰ سُرُرࣲ مَّوۡضُونَةࣲ
Ayat 15
Terjemahan makna(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata
مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡهَا مُتَقَٰبِلِينَ
Ayat 16
Terjemahan maknaSambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan
يَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ وِلۡدَٰنࣱ مُّخَلَّدُونَ
Ayat 17
Terjemahan maknaMereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka
بِأَكۡوَابࣲ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسࣲ مِّن مَّعِينࣲ
Ayat 18
Terjemahan maknaDengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡهَا وَلَا يُنزِفُونَ
Ayat 19
Terjemahan maknaMereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya
وَفَٰكِهَةࣲ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ
Ayat 20
Terjemahan maknaDan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih
وَلَحۡمِ طَيۡرࣲ مِّمَّا يَشۡتَهُونَ
Ayat 21
Terjemahan maknaSerta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini
وَحُورٌ عِينࣱ
Ayat 22
Terjemahan maknaDan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya
كَأَمۡثَٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ
Ayat 23
Terjemahan maknaSeperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya
جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
Ayat 24
Terjemahan makna(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan
لَا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوࣰ ا وَلَا تَأۡثِيمًا
Ayat 25
Terjemahan maknaMereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa
إِلَّا قِيلࣰ ا سَلَٰمࣰ ا سَلَٰمࣰ ا
Ayat 26
Terjemahan maknaMereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain)
وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ
Ayat 27
Terjemahan maknaDan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu
فِي سِدۡرࣲ مَّخۡضُودࣲ
Ayat 28
Terjemahan maknaMereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri
وَطَلۡحࣲ مَّنضُودࣲ
Ayat 29
Terjemahan maknaDan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya
وَظِلࣲّ مَّمۡدُودࣲ
Ayat 30
Terjemahan maknaDan naungan yang tetap terbentang
وَمَآءࣲ مَّسۡكُوبࣲ
Ayat 31
Terjemahan maknaDan air yang sentiasa mengalir
وَفَٰكِهَةࣲ كَثِيرَةࣲ
Ayat 32
Terjemahan maknaSerta buah-buahan yang banyak
لَّا مَقۡطُوعَةࣲ وَلَا مَمۡنُوعَةࣲ
Ayat 33
Terjemahan maknaYang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya
وَفُرُشࣲ مَّرۡفُوعَةٍ
Ayat 34
Terjemahan maknaDan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya
إِنَّآ أَنشَأۡنَٰهُنَّ إِنشَآءࣰ
Ayat 35
Terjemahan maknaSesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa
فَجَعَلۡنَٰهُنَّ أَبۡكَارًا
Ayat 36
Terjemahan maknaSerta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)
عُرُبًا أَتۡرَابࣰ ا
Ayat 37
Terjemahan maknaYang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya
لِّأَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ
Ayat 38
Terjemahan makna(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan
ثُلَّةࣱ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ
Ayat 39
Terjemahan maknaIaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu
وَثُلَّةࣱ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ
Ayat 40
Terjemahan maknaDan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian
وَأَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ
Ayat 41
Terjemahan maknaDan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu
فِي سَمُومࣲ وَحَمِيمࣲ
Ayat 42
Terjemahan maknaMereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
وَظِلࣲّ مِّن يَحۡمُومࣲ
Ayat 43
Terjemahan maknaSerta naungan dari asap hitam
لَّا بَارِدࣲ وَلَا كَرِيمٍ
Ayat 44
Terjemahan maknaYang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan
إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٰلِكَ مُتۡرَفِينَ
Ayat 45
Terjemahan maknaSesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan)
وَكَانُواْ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلۡحِنثِ ٱلۡعَظِيمِ
Ayat 46
Terjemahan maknaDan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar
وَكَانُواْ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابࣰ ا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ
Ayat 47
Terjemahan maknaDan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula
أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ
Ayat 48
Terjemahan maknaDan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)
قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَوَّلِينَ وَٱلۡأٓخِرِينَ
Ayat 49
Terjemahan maknaKatakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian
لَمَجۡمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوۡمࣲ مَّعۡلُومࣲ
Ayat 50
Terjemahan maknaTetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum
ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ
Ayat 51
Terjemahan maknaKemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat)
لَأٓكِلُونَ مِن شَجَرࣲ مِّن زَقُّومࣲ
Ayat 52
Terjemahan maknaTetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum
فَمَالِـُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ
Ayat 53
Terjemahan maknaMaka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu
فَشَٰرِبُونَ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡحَمِيمِ
Ayat 54
Terjemahan maknaSelepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak
فَشَٰرِبُونَ شُرۡبَ ٱلۡهِيمِ
Ayat 55
Terjemahan maknaIaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas
هَٰذَا نُزُلُهُمۡ يَوۡمَ ٱلدِّينِ
Ayat 56
Terjemahan maknaInilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu
نَحۡنُ خَلَقۡنَٰكُمۡ فَلَوۡلَا تُصَدِّقُونَ
Ayat 57
Terjemahan maknaKamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat)
أَفَرَءَيۡتُم مَّا تُمۡنُونَ
Ayat 58
Terjemahan makna(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)
ءَأَنتُمۡ تَخۡلُقُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡخَٰلِقُونَ
Ayat 59
Terjemahan maknaAdakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya
نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ
Ayat 60
Terjemahan maknaKamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan
عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِي مَا لَا تَعۡلَمُونَ
Ayat 61
Terjemahan makna(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya
وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ
Ayat 62
Terjemahan maknaDan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak)
أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ
Ayat 63
Terjemahan maknaMaka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam
ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّٰرِعُونَ
Ayat 64
Terjemahan maknaKamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya
لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَٰهُ حُطَٰمࣰ ا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ
Ayat 65
Terjemahan maknaKalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal
إِنَّا لَمُغۡرَمُونَ
Ayat 66
Terjemahan makna(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian
بَلۡ نَحۡنُ مَحۡرُومُونَ
Ayat 67
Terjemahan maknaBahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil)
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلۡمَآءَ ٱلَّذِي تَشۡرَبُونَ
Ayat 68
Terjemahan maknaSelain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum
ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ
Ayat 69
Terjemahan maknaKamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya
لَوۡ نَشَآءُ جَعَلۡنَٰهُ أُجَاجࣰ ا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ
Ayat 70
Terjemahan maknaKalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي تُورُونَ
Ayat 71
Terjemahan maknaAkhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)
ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَهَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ
Ayat 72
Terjemahan maknaKamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya
نَحۡنُ جَعَلۡنَٰهَا تَذۡكِرَةࣰ وَمَتَٰعࣰ ا لِّلۡمُقۡوِينَ
Ayat 73
Terjemahan maknaKami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ
Ayat 74
Terjemahan maknaOleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu)
۞فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ
Ayat 75
Terjemahan maknaMaka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran
وَإِنَّهُۥ لَقَسَمࣱ لَّوۡ تَعۡلَمُونَ عَظِيمٌ
Ayat 76
Terjemahan maknaDan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya
إِنَّهُۥ لَقُرۡءَانࣱ كَرِيمࣱ
Ayat 77
Terjemahan maknaBahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan)
فِي كِتَٰبࣲ مَّكۡنُونࣲ
Ayat 78
Terjemahan maknaYang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara
لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ
Ayat 79
Terjemahan maknaYang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci
تَنزِيلࣱ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
Ayat 80
Terjemahan maknaAl-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam
أَفَبِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَنتُم مُّدۡهِنُونَ
Ayat 81
Terjemahan maknaPatutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini
وَتَجۡعَلُونَ رِزۡقَكُمۡ أَنَّكُمۡ تُكَذِّبُونَ
Ayat 82
Terjemahan maknaDan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)
فَلَوۡلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلۡحُلۡقُومَ
Ayat 83
Terjemahan maknaMaka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya
وَأَنتُمۡ حِينَئِذࣲ تَنظُرُونَ
Ayat 84
Terjemahan maknaSedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya
وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنكُمۡ وَلَٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ
Ayat 85
Terjemahan maknaDan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat
فَلَوۡلَآ إِن كُنتُمۡ غَيۡرَ مَدِينِينَ
Ayat 86
Terjemahan maknaMaka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami)
تَرۡجِعُونَهَآ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ
Ayat 87
Terjemahan maknaKamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar
فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ
Ayat 88
Terjemahan maknaKesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin
فَرَوۡحࣱ وَرَيۡحَانࣱ وَجَنَّتُ نَعِيمࣲ
Ayat 89
Terjemahan maknaMaka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ
Ayat 90
Terjemahan maknaDan jika ia dari puak kanan
فَسَلَٰمࣱ لَّكَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ
Ayat 91
Terjemahan maknaMaka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ
Ayat 92
Terjemahan maknaDan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat
فَنُزُلࣱ مِّنۡ حَمِيمࣲ
Ayat 93
Terjemahan maknaMaka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak
وَتَصۡلِيَةُ جَحِيمٍ
Ayat 94
Terjemahan maknaSerta bakaran api neraka
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلۡيَقِينِ
Ayat 95
Terjemahan maknaSesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ
Ayat 96
Terjemahan maknaOleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar