Panduan Al-Quran Dalam Talian

سُوْرَةُ الرَّحْمٰنِ

Ar-Rahmaan

Surah 55ayat 78 Diturunkan di MadaniyahJuzuk 27–27

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

55:1

ٱلرَّحۡمَٰنُ

Ayat 1

Terjemahan makna(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya

55:2

عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ

Ayat 2

Terjemahan maknaDia lah yang telah mengajarkan Al-Quran

55:3

خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ

Ayat 3

Terjemahan maknaDia lah yang telah menciptakan manusia

55:4

عَلَّمَهُ ٱلۡبَيَانَ

Ayat 4

Terjemahan maknaDia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan

55:5

ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ بِحُسۡبَانࣲ‏

Ayat 5

Terjemahan maknaMatahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu

55:6

وَٱلنَّجۡمُ وَٱلشَّجَرُ يَسۡجُدَانِ

Ayat 6

Terjemahan maknaDan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya

55:7

وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلۡمِيزَانَ

Ayat 7

Terjemahan maknaDan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan

55:8

أَلَّا تَطۡغَوۡاْ فِي ٱلۡمِيزَانِ

Ayat 8

Terjemahan maknaSupaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan

55:9

وَأَقِيمُواْ ٱلۡوَزۡنَ بِٱلۡقِسۡطِ وَلَا تُخۡسِرُواْ ٱلۡمِيزَانَ

Ayat 9

Terjemahan maknaDan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang

55:10

وَٱلۡأَرۡضَ وَضَعَهَا لِلۡأَنَامِ

Ayat 10

Terjemahan maknaDan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain

55:11

فِيهَا فَٰكِهَةࣱ وَٱلنَّخۡلُ ذَاتُ ٱلۡأَكۡمَامِ

Ayat 11

Terjemahan maknaTerdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang

55:12

وَٱلۡحَبُّ ذُو ٱلۡعَصۡفِ وَٱلرَّيۡحَانُ

Ayat 12

Terjemahan maknaDemikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum

55:13

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 13

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)

55:14

خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِن صَلۡصَٰلࣲ كَٱلۡفَخَّارِ

Ayat 14

Terjemahan maknaIa menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar

55:15

وَخَلَقَ ٱلۡجَآنَّ مِن مَّارِجࣲ مِّن نَّارࣲ‏

Ayat 15

Terjemahan maknaDan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang

55:16

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 16

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:17

رَبُّ ٱلۡمَشۡرِقَيۡنِ وَرَبُّ ٱلۡمَغۡرِبَيۡنِ

Ayat 17

Terjemahan makna(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat

55:18

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 18

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:19

مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ

Ayat 19

Terjemahan maknaIa biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu

55:20

بَيۡنَهُمَا بَرۡزَخࣱ لَّا يَبۡغِيَانِ

Ayat 20

Terjemahan maknaDi antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya

55:21

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 21

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:22

يَخۡرُجُ مِنۡهُمَا ٱللُّؤۡلُؤُ وَٱلۡمَرۡجَانُ

Ayat 22

Terjemahan maknaDari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan

55:23

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 23

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:24

وَلَهُ ٱلۡجَوَارِ ٱلۡمُنشَـَٔاتُ فِي ٱلۡبَحۡرِ كَٱلۡأَعۡلَٰمِ

Ayat 24

Terjemahan maknaDan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang

55:25

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 25

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:26

كُلُّ مَنۡ عَلَيۡهَا فَانࣲ‏

Ayat 26

Terjemahan maknaSegala yang ada di muka bumi itu akan binasa

55:27

وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ

Ayat 27

Terjemahan maknaDan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

55:28

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 28

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:29

يَسۡـَٔلُهُۥ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ كُلَّ يَوۡمٍ هُوَ فِي شَأۡنࣲ‏

Ayat 29

Terjemahan maknaSekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)

55:30

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 30

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:31

سَنَفۡرُغُ لَكُمۡ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ

Ayat 31

Terjemahan maknaKami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin

55:32

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 32

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:33

يَٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواْ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواْۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَٰنࣲ‏

Ayat 33

Terjemahan maknaWahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)

55:34

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 34

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:35

يُرۡسَلُ عَلَيۡكُمَا شُوَاظࣱ مِّن نَّارࣲ وَنُحَاسࣱ فَلَا تَنتَصِرَانِ

Ayat 35

Terjemahan maknaKamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu)

55:36

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 36

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:37

فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ وَرۡدَةࣰ كَٱلدِّهَانِ

Ayat 37

Terjemahan maknaSelain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak

55:38

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 38

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:39

فَيَوۡمَئِذࣲ لَّا يُسۡـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسࣱ وَلَا جَآنࣱّ‏

Ayat 39

Terjemahan maknaPada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya)

55:40

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 40

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:41

يُعۡرَفُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ بِسِيمَٰهُمۡ فَيُؤۡخَذُ بِٱلنَّوَٰصِي وَٱلۡأَقۡدَامِ

Ayat 41

Terjemahan maknaOrang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka)

55:42

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 42

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:43

هَٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ

Ayat 43

Terjemahan makna(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya

55:44

يَطُوفُونَ بَيۡنَهَا وَبَيۡنَ حَمِيمٍ ءَانࣲ‏

Ayat 44

Terjemahan maknaMereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya

55:45

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 45

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:46

وَلِمَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ

Ayat 46

Terjemahan maknaDan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga

55:47

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 47

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:48

ذَوَاتَآ أَفۡنَانࣲ‏

Ayat 48

Terjemahan makna(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan

55:49

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 49

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:50

فِيهِمَا عَيۡنَانِ تَجۡرِيَانِ

Ayat 50

Terjemahan maknaPada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir

55:51

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 51

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:52

فِيهِمَا مِن كُلِّ فَٰكِهَةࣲ زَوۡجَانِ

Ayat 52

Terjemahan maknaPada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa)

55:53

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 53

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:54

مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشِۭ بَطَآئِنُهَا مِنۡ إِسۡتَبۡرَقࣲۚ وَجَنَى ٱلۡجَنَّتَيۡنِ دَانࣲ‏

Ayat 54

Terjemahan maknaMereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik

55:55

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 55

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:56

فِيهِنَّ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرۡفِ لَمۡ يَطۡمِثۡهُنَّ إِنسࣱ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنࣱّ‏

Ayat 56

Terjemahan maknaDi dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin

55:57

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 57

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:58

كَأَنَّهُنَّ ٱلۡيَاقُوتُ وَٱلۡمَرۡجَانُ

Ayat 58

Terjemahan maknaBidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan

55:59

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 59

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:60

هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَٰنُ

Ayat 60

Terjemahan maknaBukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga

55:61

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 61

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:62

وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ

Ayat 62

Terjemahan maknaDan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua)

55:63

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 63

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:64

مُدۡهَآمَّتَانِ

Ayat 64

Terjemahan maknaKedua-duanya menghijau subur tanamannya

55:65

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 65

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:66

فِيهِمَا عَيۡنَانِ نَضَّاخَتَانِ

Ayat 66

Terjemahan maknaDalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya

55:67

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 67

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:68

فِيهِمَا فَٰكِهَةࣱ وَنَخۡلࣱ وَرُمَّانࣱ‏

Ayat 68

Terjemahan maknaPada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima

55:69

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 69

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:70

فِيهِنَّ خَيۡرَٰتٌ حِسَانࣱ‏

Ayat 70

Terjemahan maknaDalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya

55:71

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 71

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:72

حُورࣱ مَّقۡصُورَٰتࣱ فِي ٱلۡخِيَامِ

Ayat 72

Terjemahan maknaIa itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing

55:73

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 73

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:74

لَمۡ يَطۡمِثۡهُنَّ إِنسࣱ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنࣱّ‏

Ayat 74

Terjemahan makna(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin

55:75

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 75

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:76

مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفۡرَفٍ خُضۡرࣲ وَعَبۡقَرِيٍّ حِسَانࣲ‏

Ayat 76

Terjemahan maknaPenduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah

55:77

فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Ayat 77

Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

55:78

تَبَٰرَكَ ٱسۡمُ رَبِّكَ ذِي ٱلۡجَلَٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ

Ayat 78

Terjemahan maknaMaha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Tetapan