Panduan Al-Quran Dalam Talian

سُوْرَةُ الْقَدْرِ

Al-Qadr

Surah 97ayat 5 Diturunkan di MakkiyahJuzuk 30–30

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱلرَّحِيمِإِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ

Ayat 1

Terjemahan maknaSesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar

وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ

Ayat 2

Terjemahan maknaDan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu

لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ‏

Ayat 3

Terjemahan maknaMalam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan

تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذۡنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمۡرࣲ‏

Ayat 4

Terjemahan maknaPada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)

سَلَٰمٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ

Ayat 5

Terjemahan maknaSejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar

Tetapan