إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتۡ
Ayat 1
Terjemahan maknaApabila langit terbelah
سُوْرَةُ الاِنْشِقَاقِ
Surah 84ayat 25 Diturunkan di MakkiyahJuzuk 30–30
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتۡ
Ayat 1
Terjemahan maknaApabila langit terbelah
وَأَذِنَتۡ لِرَبِّهَا وَحُقَّتۡ
Ayat 2
Terjemahan maknaSerta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh
وَإِذَا ٱلۡأَرۡضُ مُدَّتۡ
Ayat 3
Terjemahan maknaDan apabila bumi diratakan
وَأَلۡقَتۡ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتۡ
Ayat 4
Terjemahan maknaSerta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong
وَأَذِنَتۡ لِرَبِّهَا وَحُقَّتۡ
Ayat 5
Terjemahan maknaSerta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya)
يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدۡحࣰ ا فَمُلَٰقِيهِ
Ayat 6
Terjemahan maknaWahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya)
فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ
Ayat 7
Terjemahan maknaKemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya
فَسَوۡفَ يُحَاسَبُ حِسَابࣰ ا يَسِيرࣰ ا
Ayat 8
Terjemahan maknaMaka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan
وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورࣰ ا
Ayat 9
Terjemahan maknaDan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita
وَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهۡرِهِۦ
Ayat 10
Terjemahan maknaDan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya
فَسَوۡفَ يَدۡعُواْ ثُبُورࣰ ا
Ayat 11
Terjemahan maknaMaka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya
وَيَصۡلَىٰ سَعِيرًا
Ayat 12
Terjemahan maknaDan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang
إِنَّهُۥ كَانَ فِيٓ أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورًا
Ayat 13
Terjemahan maknaSebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)
إِنَّهُۥ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ
Ayat 14
Terjemahan maknaSesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)
بَلَىٰٓۚ إِنَّ رَبَّهُۥ كَانَ بِهِۦ بَصِيرࣰ ا
Ayat 15
Terjemahan makna(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya
فَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلشَّفَقِ
Ayat 16
Terjemahan maknaMaka Aku bersumpah, demi mega
وَٱلَّيۡلِ وَمَا وَسَقَ
Ayat 17
Terjemahan maknaDan malam serta segala yang dihimpunkannya
وَٱلۡقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ
Ayat 18
Terjemahan maknaDan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama
لَتَرۡكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقࣲ
Ayat 19
Terjemahan maknaSesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
فَمَا لَهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ
Ayat 20
Terjemahan maknaMaka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman
وَإِذَا قُرِئَ عَلَيۡهِمُ ٱلۡقُرۡءَانُ لَا يَسۡجُدُونَۤ۩
Ayat 21
Terjemahan maknaDan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud
بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُكَذِّبُونَ
Ayat 22
Terjemahan makna(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya
وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا يُوعُونَ
Ayat 23
Terjemahan maknaSedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati
فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Ayat 24
Terjemahan maknaMaka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمۡ أَجۡرٌ غَيۡرُ مَمۡنُونِۭ
Ayat 25
Terjemahan maknaTetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus