وَٱلنَّجۡمِ إِذَا هَوَىٰ
Ayat 1
Terjemahan maknaDemi bintang semasa ia menjunam
سُوْرَةُ النَّجْمِ
Surah 53ayat 62 Diturunkan di MakkiyahJuzuk 27–27
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلنَّجۡمِ إِذَا هَوَىٰ
Ayat 1
Terjemahan maknaDemi bintang semasa ia menjunam
مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمۡ وَمَا غَوَىٰ
Ayat 2
Terjemahan maknaRakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah)
وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ
Ayat 3
Terjemahan maknaDan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri
إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡيࣱ يُوحَىٰ
Ayat 4
Terjemahan maknaSegala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya
عَلَّمَهُۥ شَدِيدُ ٱلۡقُوَىٰ
Ayat 5
Terjemahan maknawahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah
ذُو مِرَّةࣲ فَٱسۡتَوَىٰ
Ayat 6
Terjemahan maknaLagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal
وَهُوَ بِٱلۡأُفُقِ ٱلۡأَعۡلَىٰ
Ayat 7
Terjemahan maknaSedang ia berada di arah yang tinggi (di langit)
ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ
Ayat 8
Terjemahan maknaKemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit
فَكَانَ قَابَ قَوۡسَيۡنِ أَوۡ أَدۡنَىٰ
Ayat 9
Terjemahan maknaSehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi
فَأَوۡحَىٰٓ إِلَىٰ عَبۡدِهِۦ مَآ أَوۡحَىٰ
Ayat 10
Terjemahan maknaLalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya
مَا كَذَبَ ٱلۡفُؤَادُ مَا رَأَىٰٓ
Ayat 11
Terjemahan maknaHati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya
أَفَتُمَٰرُونَهُۥ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ
Ayat 12
Terjemahan maknaJika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu
وَلَقَدۡ رَءَاهُ نَزۡلَةً أُخۡرَىٰ
Ayat 13
Terjemahan maknaDan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi
عِندَ سِدۡرَةِ ٱلۡمُنتَهَىٰ
Ayat 14
Terjemahan maknaDi sisi "Sidratul-Muntaha
عِندَهَا جَنَّةُ ٱلۡمَأۡوَىٰٓ
Ayat 15
Terjemahan maknaYang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa
إِذۡ يَغۡشَى ٱلسِّدۡرَةَ مَا يَغۡشَىٰ
Ayat 16
Terjemahan makna(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga
مَا زَاغَ ٱلۡبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ
Ayat 17
Terjemahan maknaPenglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas
لَقَدۡ رَأَىٰ مِنۡ ءَايَٰتِ رَبِّهِ ٱلۡكُبۡرَىٰٓ
Ayat 18
Terjemahan maknaDemi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱللَّٰتَ وَٱلۡعُزَّىٰ
Ayat 19
Terjemahan makna(Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza
وَمَنَوٰةَ ٱلثَّالِثَةَ ٱلۡأُخۡرَىٰٓ
Ayat 20
Terjemahan maknaSerta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)
أَلَكُمُ ٱلذَّكَرُ وَلَهُ ٱلۡأُنثَىٰ
Ayat 21
Terjemahan maknaPatutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)
تِلۡكَ إِذࣰ ا قِسۡمَةࣱ ضِيزَىٰٓ
Ayat 22
Terjemahan maknaPembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil
إِنۡ هِيَ إِلَّآ أَسۡمَآءࣱ سَمَّيۡتُمُوهَآ أَنتُمۡ وَءَابَآؤُكُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِهَا مِن سُلۡطَٰنٍۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَمَا تَهۡوَى ٱلۡأَنفُسُۖ وَلَقَدۡ جَآءَهُم مِّن رَّبِّهِمُ ٱلۡهُدَىٰٓ
Ayat 23
Terjemahan maknaBenda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka
أَمۡ لِلۡإِنسَٰنِ مَا تَمَنَّىٰ
Ayat 24
Terjemahan maknaAdakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak)
فَلِلَّهِ ٱلۡأٓخِرَةُ وَٱلۡأُولَىٰ
Ayat 25
Terjemahan maknaKerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia
۞وَكَم مِّن مَّلَكࣲ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ لَا تُغۡنِي شَفَٰعَتُهُمۡ شَيۡـًٔا إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ أَن يَأۡذَنَ ٱللَّهُ لِمَن يَشَآءُ وَيَرۡضَىٰٓ
Ayat 26
Terjemahan makna(Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya
إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأٓخِرَةِ لَيُسَمُّونَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةَ تَسۡمِيَةَ ٱلۡأُنثَىٰ
Ayat 27
Terjemahan maknaSesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan
وَمَا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٍۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّۖ وَإِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغۡنِي مِنَ ٱلۡحَقِّ شَيۡـࣰٔ ا
Ayat 28
Terjemahan maknaSedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad)
فَأَعۡرِضۡ عَن مَّن تَوَلَّىٰ عَن ذِكۡرِنَا وَلَمۡ يُرِدۡ إِلَّا ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا
Ayat 29
Terjemahan maknaOleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata
ذَٰلِكَ مَبۡلَغُهُم مِّنَ ٱلۡعِلۡمِۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱهۡتَدَىٰ
Ayat 30
Terjemahan makna(Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk
وَلِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيَجۡزِيَ ٱلَّذِينَ أَسَٰٓـُٔواْ بِمَا عَمِلُواْ وَيَجۡزِيَ ٱلَّذِينَ أَحۡسَنُواْ بِٱلۡحُسۡنَى
Ayat 31
Terjemahan maknaDan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya
ٱلَّذِينَ يَجۡتَنِبُونَ كَبَٰٓئِرَ ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡفَوَٰحِشَ إِلَّا ٱللَّمَمَۚ إِنَّ رَبَّكَ وَٰسِعُ ٱلۡمَغۡفِرَةِۚ هُوَ أَعۡلَمُ بِكُمۡ إِذۡ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ وَإِذۡ أَنتُمۡ أَجِنَّةࣱ فِي بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمۡۖ فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ
Ayat 32
Terjemahan makna(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa
أَفَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي تَوَلَّىٰ
Ayat 33
Terjemahan maknaAdakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)
وَأَعۡطَىٰ قَلِيلࣰ ا وَأَكۡدَىٰٓ
Ayat 34
Terjemahan maknaDan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)
أَعِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلۡغَيۡبِ فَهُوَ يَرَىٰٓ
Ayat 35
Terjemahan maknaAdakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)
أَمۡ لَمۡ يُنَبَّأۡ بِمَا فِي صُحُفِ مُوسَىٰ
Ayat 36
Terjemahan maknaAtau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa
وَإِبۡرَٰهِيمَ ٱلَّذِي وَفَّىٰٓ
Ayat 37
Terjemahan maknaDan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)
أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةࣱ وِزۡرَ أُخۡرَىٰ
Ayat 38
Terjemahan makna(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)
وَأَن لَّيۡسَ لِلۡإِنسَٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
Ayat 39
Terjemahan maknaDan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya
وَأَنَّ سَعۡيَهُۥ سَوۡفَ يُرَىٰ
Ayat 40
Terjemahan maknaDan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak)
ثُمَّ يُجۡزَىٰهُ ٱلۡجَزَآءَ ٱلۡأَوۡفَىٰ
Ayat 41
Terjemahan maknaKemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna
وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلۡمُنتَهَىٰ
Ayat 42
Terjemahan maknaDan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara)
وَأَنَّهُۥ هُوَ أَضۡحَكَ وَأَبۡكَىٰ
Ayat 43
Terjemahan maknaDan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis
وَأَنَّهُۥ هُوَ أَمَاتَ وَأَحۡيَا
Ayat 44
Terjemahan maknaDan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan
وَأَنَّهُۥ خَلَقَ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰ
Ayat 45
Terjemahan maknaDan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan
مِن نُّطۡفَةٍ إِذَا تُمۡنَىٰ
Ayat 46
Terjemahan maknaDari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim)
وَأَنَّ عَلَيۡهِ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُخۡرَىٰ
Ayat 47
Terjemahan maknaDan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati)
وَأَنَّهُۥ هُوَ أَغۡنَىٰ وَأَقۡنَىٰ
Ayat 48
Terjemahan maknaDan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan
وَأَنَّهُۥ هُوَ رَبُّ ٱلشِّعۡرَىٰ
Ayat 49
Terjemahan maknaDan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra
وَأَنَّهُۥٓ أَهۡلَكَ عَادًا ٱلۡأُولَىٰ
Ayat 50
Terjemahan maknaDan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud)
وَثَمُودَاْ فَمَآ أَبۡقَىٰ
Ayat 51
Terjemahan maknaDan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup
وَقَوۡمَ نُوحࣲ مِّن قَبۡلُۖ إِنَّهُمۡ كَانُواْ هُمۡ أَظۡلَمَ وَأَطۡغَىٰ
Ayat 52
Terjemahan maknaDan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas
وَٱلۡمُؤۡتَفِكَةَ أَهۡوَىٰ
Ayat 53
Terjemahan maknaDan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi
فَغَشَّىٰهَا مَا غَشَّىٰ
Ayat 54
Terjemahan maknaLalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya
فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكَ تَتَمَارَىٰ
Ayat 55
Terjemahan maknaMaka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)
هَٰذَا نَذِيرࣱ مِّنَ ٱلنُّذُرِ ٱلۡأُولَىٰٓ
Ayat 56
Terjemahan makna(Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu
أَزِفَتِ ٱلۡأٓزِفَةُ
Ayat 57
Terjemahan maknaTelah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat)
لَيۡسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ كَاشِفَةٌ
Ayat 58
Terjemahan maknaTidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu
أَفَمِنۡ هَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ تَعۡجَبُونَ
Ayat 59
Terjemahan maknaMaka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)
وَتَضۡحَكُونَ وَلَا تَبۡكُونَ
Ayat 60
Terjemahan maknaSerta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)
وَأَنتُمۡ سَٰمِدُونَ
Ayat 61
Terjemahan maknaSedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan
فَٱسۡجُدُواْۤ لِلَّهِۤ وَٱعۡبُدُواْ۩
Ayat 62
Terjemahan maknaOleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid)