وَٱلصَّٰٓفَّٰتِ صَفࣰّ ا
Ayat 1
Terjemahan maknaDemi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret
سُوْرَةُ الصَّافَّاتِ
Surah 37ayat 182 Diturunkan di MakkiyahJuzuk 23–23
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلصَّٰٓفَّٰتِ صَفࣰّ ا
Ayat 1
Terjemahan maknaDemi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret
فَٱلزَّٰجِرَٰتِ زَجۡرࣰ ا
Ayat 2
Terjemahan makna(Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya
فَٱلتَّٰلِيَٰتِ ذِكۡرًا
Ayat 3
Terjemahan makna(Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci
إِنَّ إِلَٰهَكُمۡ لَوَٰحِدࣱ
Ayat 4
Terjemahan makna(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu
رَّبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَرَبُّ ٱلۡمَشَٰرِقِ
Ayat 5
Terjemahan maknaTuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari
إِنَّا زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِزِينَةٍ ٱلۡكَوَاكِبِ
Ayat 6
Terjemahan maknaSesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang
وَحِفۡظࣰ ا مِّن كُلِّ شَيۡطَٰنࣲ مَّارِدࣲ
Ayat 7
Terjemahan maknaDan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka
لَّا يَسَّمَّعُونَ إِلَى ٱلۡمَلَإِ ٱلۡأَعۡلَىٰ وَيُقۡذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبࣲ
Ayat 8
Terjemahan makna(Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru
دُحُورࣰ اۖ وَلَهُمۡ عَذَابࣱ وَاصِبٌ
Ayat 9
Terjemahan maknaUntuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus
إِلَّا مَنۡ خَطِفَ ٱلۡخَطۡفَةَ فَأَتۡبَعَهُۥ شِهَابࣱ ثَاقِبࣱ
Ayat 10
Terjemahan maknaKecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi
فَٱسۡتَفۡتِهِمۡ أَهُمۡ أَشَدُّ خَلۡقًا أَم مَّنۡ خَلَقۡنَآۚ إِنَّا خَلَقۡنَٰهُم مِّن طِينࣲ لَّازِبِۭ
Ayat 11
Terjemahan makna(Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula)
بَلۡ عَجِبۡتَ وَيَسۡخَرُونَ
Ayat 12
Terjemahan makna(Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu)
وَإِذَا ذُكِّرُواْ لَا يَذۡكُرُونَ
Ayat 13
Terjemahan maknaDan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu
وَإِذَا رَأَوۡاْ ءَايَةࣰ يَسۡتَسۡخِرُونَ
Ayat 14
Terjemahan maknaDan apabila mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya
وَقَالُوٓاْ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا سِحۡرࣱ مُّبِينٌ
Ayat 15
Terjemahan maknaSerta mereka berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata
أَءِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابࣰ ا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ
Ayat 16
Terjemahan maknaAdakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula
أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ
Ayat 17
Terjemahan maknaDan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)
قُلۡ نَعَمۡ وَأَنتُمۡ دَٰخِرُونَ
Ayat 18
Terjemahan maknaJawablah (wahai Muhammad): "Ya, benar !(Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan hina-dina
فَإِنَّمَا هِيَ زَجۡرَةࣱ وَٰحِدَةࣱ فَإِذَا هُمۡ يَنظُرُونَ
Ayat 19
Terjemahan makna(Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi)
وَقَالُواْ يَٰوَيۡلَنَا هَٰذَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ
Ayat 20
Terjemahan maknaDan (pada saat itu) mereka berkata:" Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan
هَٰذَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِ ٱلَّذِي كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ
Ayat 21
Terjemahan makna(Lalu malaikat berkata kepada mereka): " Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya
۞ٱحۡشُرُواْ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ وَأَزۡوَٰجَهُمۡ وَمَا كَانُواْ يَعۡبُدُونَ
Ayat 22
Terjemahan makna(Allah berfirman kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah
مِن دُونِ ٱللَّهِ فَٱهۡدُوهُمۡ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلۡجَحِيمِ
Ayat 23
Terjemahan maknaYang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka
وَقِفُوهُمۡۖ إِنَّهُم مَّسۡـُٔولُونَ
Ayat 24
Terjemahan maknaDan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal
مَا لَكُمۡ لَا تَنَاصَرُونَ
Ayat 25
Terjemahan maknaMengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu)
بَلۡ هُمُ ٱلۡيَوۡمَ مُسۡتَسۡلِمُونَ
Ayat 26
Terjemahan makna(Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili)
وَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲ يَتَسَآءَلُونَ
Ayat 27
Terjemahan maknaDan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela
قَالُوٓاْ إِنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَأۡتُونَنَا عَنِ ٱلۡيَمِينِ
Ayat 28
Terjemahan maknaPengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu
قَالُواْ بَل لَّمۡ تَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ
Ayat 29
Terjemahan maknaKetua-ketuanya menjawab: " (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman
وَمَا كَانَ لَنَا عَلَيۡكُم مِّن سُلۡطَٰنِۭۖ بَلۡ كُنتُمۡ قَوۡمࣰ ا طَٰغِينَ
Ayat 30
Terjemahan maknaDan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas)
فَحَقَّ عَلَيۡنَا قَوۡلُ رَبِّنَآۖ إِنَّا لَذَآئِقُونَ
Ayat 31
Terjemahan makna(Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu)
فَأَغۡوَيۡنَٰكُمۡ إِنَّا كُنَّا غَٰوِينَ
Ayat 32
Terjemahan makna(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat
فَإِنَّهُمۡ يَوۡمَئِذࣲ فِي ٱلۡعَذَابِ مُشۡتَرِكُونَ
Ayat 33
Terjemahan maknaMaka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَفۡعَلُ بِٱلۡمُجۡرِمِينَ
Ayat 34
Terjemahan maknaSesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa
إِنَّهُمۡ كَانُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ يَسۡتَكۡبِرُونَ
Ayat 35
Terjemahan maknaSebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya
وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُوٓاْ ءَالِهَتِنَا لِشَاعِرࣲ مَّجۡنُونِۭ
Ayat 36
Terjemahan maknaSerta mereka berkata: " Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila
بَلۡ جَآءَ بِٱلۡحَقِّ وَصَدَّقَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Ayat 37
Terjemahan makna(Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya)
إِنَّكُمۡ لَذَآئِقُواْ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَلِيمِ
Ayat 38
Terjemahan maknaSesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya
وَمَا تُجۡزَوۡنَ إِلَّا مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ
Ayat 39
Terjemahan maknaDan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan
إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ
Ayat 40
Terjemahan maknaKecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik
أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ رِزۡقࣱ مَّعۡلُومࣱ
Ayat 41
Terjemahan maknaMereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum
فَوَٰكِهُ وَهُم مُّكۡرَمُونَ
Ayat 42
Terjemahan maknaIaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan
فِي جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ
Ayat 43
Terjemahan maknaDi dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat
عَلَىٰ سُرُرࣲ مُّتَقَٰبِلِينَ
Ayat 44
Terjemahan maknaMereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran
يُطَافُ عَلَيۡهِم بِكَأۡسࣲ مِّن مَّعِينِۭ
Ayat 45
Terjemahan maknaDiedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir
بَيۡضَآءَ لَذَّةࣲ لِّلشَّٰرِبِينَ
Ayat 46
Terjemahan maknaMinuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya
لَا فِيهَا غَوۡلࣱ وَلَا هُمۡ عَنۡهَا يُنزَفُونَ
Ayat 47
Terjemahan maknaIa tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya
وَعِندَهُمۡ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرۡفِ عِينࣱ
Ayat 48
Terjemahan maknaSedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya
كَأَنَّهُنَّ بَيۡضࣱ مَّكۡنُونࣱ
Ayat 49
Terjemahan makna(Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya
فَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲ يَتَسَآءَلُونَ
Ayat 50
Terjemahan makna(Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan
قَالَ قَآئِلࣱ مِّنۡهُمۡ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينࣱ
Ayat 51
Terjemahan maknaSeorang di antaranya berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku)
يَقُولُ أَءِنَّكَ لَمِنَ ٱلۡمُصَدِّقِينَ
Ayat 52
Terjemahan maknakatanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)
أَءِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابࣰ ا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَدِينُونَ
Ayat 53
Terjemahan maknaAdakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan
قَالَ هَلۡ أَنتُم مُّطَّلِعُونَ
Ayat 54
Terjemahan makna(Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: " Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)
فَٱطَّلَعَ فَرَءَاهُ فِي سَوَآءِ ٱلۡجَحِيمِ
Ayat 55
Terjemahan maknaMaka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang
قَالَ تَٱللَّهِ إِن كِدتَّ لَتُرۡدِينِ
Ayat 56
Terjemahan maknaIa pun (menempelaknya dengan) berkata:" Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan
وَلَوۡلَا نِعۡمَةُ رَبِّي لَكُنتُ مِنَ ٱلۡمُحۡضَرِينَ
Ayat 57
Terjemahan maknaDan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab)
أَفَمَا نَحۡنُ بِمَيِّتِينَ
Ayat 58
Terjemahan makna(Kemudian ia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): " Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi
إِلَّا مَوۡتَتَنَا ٱلۡأُولَىٰ وَمَا نَحۡنُ بِمُعَذَّبِينَ
Ayat 59
Terjemahan maknaSelain dari kematian kita yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
Ayat 60
Terjemahan maknaSesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar
لِمِثۡلِ هَٰذَا فَلۡيَعۡمَلِ ٱلۡعَٰمِلُونَ
Ayat 61
Terjemahan maknaUntuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia)
أَذَٰلِكَ خَيۡرࣱ نُّزُلًا أَمۡ شَجَرَةُ ٱلزَّقُّومِ
Ayat 62
Terjemahan maknaManakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum
إِنَّا جَعَلۡنَٰهَا فِتۡنَةࣰ لِّلظَّٰلِمِينَ
Ayat 63
Terjemahan maknaSesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat)
إِنَّهَا شَجَرَةࣱ تَخۡرُجُ فِيٓ أَصۡلِ ٱلۡجَحِيمِ
Ayat 64
Terjemahan maknaSebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang
طَلۡعُهَا كَأَنَّهُۥ رُءُوسُ ٱلشَّيَٰطِينِ
Ayat 65
Terjemahan maknaBuahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan
فَإِنَّهُمۡ لَأٓكِلُونَ مِنۡهَا فَمَالِـُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ
Ayat 66
Terjemahan maknaMaka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya
ثُمَّ إِنَّ لَهُمۡ عَلَيۡهَا لَشَوۡبࣰ ا مِّنۡ حَمِيمࣲ
Ayat 67
Terjemahan maknaKemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi - selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak
ثُمَّ إِنَّ مَرۡجِعَهُمۡ لَإِلَى ٱلۡجَحِيمِ
Ayat 68
Terjemahan maknaSetelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang
إِنَّهُمۡ أَلۡفَوۡاْ ءَابَآءَهُمۡ ضَآلِّينَ
Ayat 69
Terjemahan maknaSebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan
فَهُمۡ عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِمۡ يُهۡرَعُونَ
Ayat 70
Terjemahan maknaLalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya
وَلَقَدۡ ضَلَّ قَبۡلَهُمۡ أَكۡثَرُ ٱلۡأَوَّلِينَ
Ayat 71
Terjemahan maknaDan demi sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu
وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا فِيهِم مُّنذِرِينَ
Ayat 72
Terjemahan maknaPada hal, demi sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran
فَٱنظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُنذَرِينَ
Ayat 73
Terjemahan maknaMaka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran
إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ
Ayat 74
Terjemahan maknaKecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan)
وَلَقَدۡ نَادَىٰنَا نُوحࣱ فَلَنِعۡمَ ٱلۡمُجِيبُونَ
Ayat 75
Terjemahan maknaDan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan
وَنَجَّيۡنَٰهُ وَأَهۡلَهُۥ مِنَ ٱلۡكَرۡبِ ٱلۡعَظِيمِ
Ayat 76
Terjemahan maknaDan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar
وَجَعَلۡنَا ذُرِّيَّتَهُۥ هُمُ ٱلۡبَاقِينَ
Ayat 77
Terjemahan maknaDan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar)
وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ
Ayat 78
Terjemahan maknaDan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian
سَلَٰمٌ عَلَىٰ نُوحࣲ فِي ٱلۡعَٰلَمِينَ
Ayat 79
Terjemahan maknaSalam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Ayat 80
Terjemahan maknaDemikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik
إِنَّهُۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Ayat 81
Terjemahan maknaSesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman
ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا ٱلۡأٓخَرِينَ
Ayat 82
Terjemahan maknaKemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya)
۞وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِۦ لَإِبۡرَٰهِيمَ
Ayat 83
Terjemahan maknaDan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim
إِذۡ جَآءَ رَبَّهُۥ بِقَلۡبࣲ سَلِيمٍ
Ayat 84
Terjemahan maknaKetika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni
إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦ مَاذَا تَعۡبُدُونَ
Ayat 85
Terjemahan maknaKetika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: " Apa yang kamu sembah
أَئِفۡكًا ءَالِهَةࣰ دُونَ ٱللَّهِ تُرِيدُونَ
Ayat 86
Terjemahan maknaPatutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)
فَمَا ظَنُّكُم بِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
Ayat 87
Terjemahan maknaMaka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam
فَنَظَرَ نَظۡرَةࣰ فِي ٱلنُّجُومِ
Ayat 88
Terjemahan maknaKemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit)
فَقَالَ إِنِّي سَقِيمࣱ
Ayat 89
Terjemahan maknaLalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)
فَتَوَلَّوۡاْ عَنۡهُ مُدۡبِرِينَ
Ayat 90
Terjemahan maknaSetelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia
فَرَاغَ إِلَىٰٓ ءَالِهَتِهِمۡ فَقَالَ أَلَا تَأۡكُلُونَ
Ayat 91
Terjemahan maknaLalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan
مَا لَكُمۡ لَا تَنطِقُونَ
Ayat 92
Terjemahan maknaMengapa kamu tidak menjawab
فَرَاغَ عَلَيۡهِمۡ ضَرۡبَۢا بِٱلۡيَمِينِ
Ayat 93
Terjemahan maknaLalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul)
فَأَقۡبَلُوٓاْ إِلَيۡهِ يَزِفُّونَ
Ayat 94
Terjemahan makna(Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya
قَالَ أَتَعۡبُدُونَ مَا تَنۡحِتُونَ
Ayat 95
Terjemahan makna(Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat
وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُونَ
Ayat 96
Terjemahan maknaPadahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu
قَالُواْ ٱبۡنُواْ لَهُۥ بُنۡيَٰنࣰ ا فَأَلۡقُوهُ فِي ٱلۡجَحِيمِ
Ayat 97
Terjemahan makna(Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu
فَأَرَادُواْ بِهِۦ كَيۡدࣰ ا فَجَعَلۡنَٰهُمُ ٱلۡأَسۡفَلِينَ
Ayat 98
Terjemahan maknaMaka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya)
وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّي سَيَهۡدِينِ
Ayat 99
Terjemahan maknaDan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar)
رَبِّ هَبۡ لِي مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
Ayat 100
Terjemahan maknaWahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh
فَبَشَّرۡنَٰهُ بِغُلَٰمٍ حَلِيمࣲ
Ayat 101
Terjemahan maknaLalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ يَٰبُنَيَّ إِنِّيٓ أَرَىٰ فِي ٱلۡمَنَامِ أَنِّيٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ
Ayat 102
Terjemahan maknaMaka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar
فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُۥ لِلۡجَبِينِ
Ayat 103
Terjemahan maknaSetelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)
وَنَٰدَيۡنَٰهُ أَن يَٰٓإِبۡرَٰهِيمُ
Ayat 104
Terjemahan maknaSerta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim
قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Ayat 105
Terjemahan maknaEngkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَٰٓؤُاْ ٱلۡمُبِينُ
Ayat 106
Terjemahan maknaSesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata
وَفَدَيۡنَٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمࣲ
Ayat 107
Terjemahan maknaDan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar
وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ
Ayat 108
Terjemahan maknaDan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian
سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ
Ayat 109
Terjemahan maknaSalam sejahtera kepada Nabi Ibrahim
كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Ayat 110
Terjemahan maknaDemikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan
إِنَّهُۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Ayat 111
Terjemahan maknaSesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman
وَبَشَّرۡنَٰهُ بِإِسۡحَٰقَ نَبِيࣰّ ا مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
Ayat 112
Terjemahan maknaDan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh
وَبَٰرَكۡنَا عَلَيۡهِ وَعَلَىٰٓ إِسۡحَٰقَۚ وَمِن ذُرِّيَّتِهِمَا مُحۡسِنࣱ وَظَالِمࣱ لِّنَفۡسِهِۦ مُبِينࣱ
Ayat 113
Terjemahan maknaDan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri
وَلَقَدۡ مَنَنَّا عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ
Ayat 114
Terjemahan maknaDan demi sesungguhnya! kami telah melimpahkan nikmat pemberian kepada Nabi Musa dan Nabi Harun
وَنَجَّيۡنَٰهُمَا وَقَوۡمَهُمَا مِنَ ٱلۡكَرۡبِ ٱلۡعَظِيمِ
Ayat 115
Terjemahan maknaDan Kami selamatkan keduanya dan kaumnya dari kesusahan yang besar
وَنَصَرۡنَٰهُمۡ فَكَانُواْ هُمُ ٱلۡغَٰلِبِينَ
Ayat 116
Terjemahan maknaDan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya)
وَءَاتَيۡنَٰهُمَا ٱلۡكِتَٰبَ ٱلۡمُسۡتَبِينَ
Ayat 117
Terjemahan maknaDan Kami berikan kepada keduanya Kitab Suci yang amat jelas keterangannya
وَهَدَيۡنَٰهُمَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
Ayat 118
Terjemahan maknaDan Kami berikan hidayah petunjuk kepada keduanya ke jalan yang lurus
وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِمَا فِي ٱلۡأٓخِرِينَ
Ayat 119
Terjemahan maknaDan Kami kekalkan bagi keduanya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian
سَلَٰمٌ عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ
Ayat 120
Terjemahan maknaSalam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Ayat 121
Terjemahan maknaDemikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan
إِنَّهُمَا مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Ayat 122
Terjemahan maknaSesungguhnya mereka berdua adalah dari hamba-hamba Kami yang beriman
وَإِنَّ إِلۡيَاسَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Ayat 123
Terjemahan maknaDan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus
إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِۦٓ أَلَا تَتَّقُونَ
Ayat 124
Terjemahan makna(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya
أَتَدۡعُونَ بَعۡلࣰ ا وَتَذَرُونَ أَحۡسَنَ ٱلۡخَٰلِقِينَ
Ayat 125
Terjemahan maknaPatutkah kamu menyembah berhala Ba'la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta
ٱللَّهَ رَبَّكُمۡ وَرَبَّ ءَابَآئِكُمُ ٱلۡأَوَّلِينَ
Ayat 126
Terjemahan maknaIaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu
فَكَذَّبُوهُ فَإِنَّهُمۡ لَمُحۡضَرُونَ
Ayat 127
Terjemahan maknaMaka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa)
إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ
Ayat 128
Terjemahan maknaKecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan mendapat sebaik-baik balasan)
وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ
Ayat 129
Terjemahan maknaDan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian
سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِلۡ يَاسِينَ
Ayat 130
Terjemahan maknaSalam sejahtera kepada Nabi Ilyas
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Ayat 131
Terjemahan maknaDemikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan
إِنَّهُۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Ayat 132
Terjemahan maknaSesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman
وَإِنَّ لُوطࣰ ا لَّمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Ayat 133
Terjemahan maknaDan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus
إِذۡ نَجَّيۡنَٰهُ وَأَهۡلَهُۥٓ أَجۡمَعِينَ
Ayat 134
Terjemahan makna(ingatkanlah peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya
إِلَّا عَجُوزࣰ ا فِي ٱلۡغَٰبِرِينَ
Ayat 135
Terjemahan maknaKecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan
ثُمَّ دَمَّرۡنَا ٱلۡأٓخَرِينَ
Ayat 136
Terjemahan maknaKemudian Kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut)
وَإِنَّكُمۡ لَتَمُرُّونَ عَلَيۡهِم مُّصۡبِحِينَ
Ayat 137
Terjemahan maknaDan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad): berulang-alik (melalui bekas-bekas tempat tinggal) mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi
وَبِٱلَّيۡلِۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ
Ayat 138
Terjemahan maknaDan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya
وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Ayat 139
Terjemahan maknaDan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus
إِذۡ أَبَقَ إِلَى ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ
Ayat 140
Terjemahan makna(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat
فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ ٱلۡمُدۡحَضِينَ
Ayat 141
Terjemahan makna(Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut)
فَٱلۡتَقَمَهُ ٱلۡحُوتُ وَهُوَ مُلِيمࣱ
Ayat 142
Terjemahan maknaSetelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak
فَلَوۡلَآ أَنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُسَبِّحِينَ
Ayat 143
Terjemahan maknaMaka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih)
لَلَبِثَ فِي بَطۡنِهِۦٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ
Ayat 144
Terjemahan maknaTentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur
۞فَنَبَذۡنَٰهُ بِٱلۡعَرَآءِ وَهُوَ سَقِيمࣱ
Ayat 145
Terjemahan maknaOleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit
وَأَنۢبَتۡنَا عَلَيۡهِ شَجَرَةࣰ مِّن يَقۡطِينࣲ
Ayat 146
Terjemahan maknaDan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar
وَأَرۡسَلۡنَٰهُ إِلَىٰ مِاْئَةِ أَلۡفٍ أَوۡ يَزِيدُونَ
Ayat 147
Terjemahan maknaDan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih
فَـَٔامَنُواْ فَمَتَّعۡنَٰهُمۡ إِلَىٰ حِينࣲ
Ayat 148
Terjemahan makna(Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing)
فَٱسۡتَفۡتِهِمۡ أَلِرَبِّكَ ٱلۡبَنَاتُ وَلَهُمُ ٱلۡبَنُونَ
Ayat 149
Terjemahan makna(Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki
أَمۡ خَلَقۡنَا ٱلۡمَلَٰٓئِكَةَ إِنَٰثࣰ ا وَهُمۡ شَٰهِدُونَ
Ayat 150
Terjemahan maknaAtau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan
أَلَآ إِنَّهُم مِّنۡ إِفۡكِهِمۡ لَيَقُولُونَ
Ayat 151
Terjemahan maknaKetahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata
وَلَدَ ٱللَّهُ وَإِنَّهُمۡ لَكَٰذِبُونَ
Ayat 152
Terjemahan maknaAllah beranak"; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta
أَصۡطَفَى ٱلۡبَنَاتِ عَلَى ٱلۡبَنِينَ
Ayat 153
Terjemahan makna(Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)
مَا لَكُمۡ كَيۡفَ تَحۡكُمُونَ
Ayat 154
Terjemahan maknaApa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)
أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Ayat 155
Terjemahan maknaSetelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)
أَمۡ لَكُمۡ سُلۡطَٰنࣱ مُّبِينࣱ
Ayat 156
Terjemahan maknaAtau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)
فَأۡتُواْ بِكِتَٰبِكُمۡ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ
Ayat 157
Terjemahan makna(Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar
وَجَعَلُواْ بَيۡنَهُۥ وَبَيۡنَ ٱلۡجِنَّةِ نَسَبࣰ اۚ وَلَقَدۡ عَلِمَتِ ٱلۡجِنَّةُ إِنَّهُمۡ لَمُحۡضَرُونَ
Ayat 158
Terjemahan makna(Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat)
سُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ
Ayat 159
Terjemahan maknaMaha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu
إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ
Ayat 160
Terjemahan maknaKecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat, dan akan mendapat sebaik-baik balasan)
فَإِنَّكُمۡ وَمَا تَعۡبُدُونَ
Ayat 161
Terjemahan maknaMaka sebenarnya kamu (wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah itu
مَآ أَنتُمۡ عَلَيۡهِ بِفَٰتِنِينَ
Ayat 162
Terjemahan maknaTidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya
إِلَّا مَنۡ هُوَ صَالِ ٱلۡجَحِيمِ
Ayat 163
Terjemahan maknakecuali orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang menjulang-julang
وَمَا مِنَّآ إِلَّا لَهُۥ مَقَامࣱ مَّعۡلُومࣱ
Ayat 164
Terjemahan makna(Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya)
وَإِنَّا لَنَحۡنُ ٱلصَّآفُّونَ
Ayat 165
Terjemahan maknaDan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat)
وَإِنَّا لَنَحۡنُ ٱلۡمُسَبِّحُونَ
Ayat 166
Terjemahan maknaDan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)
وَإِن كَانُواْ لَيَقُولُونَ
Ayat 167
Terjemahan maknaDan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata
لَوۡ أَنَّ عِندَنَا ذِكۡرࣰ ا مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ
Ayat 168
Terjemahan maknaKalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu
لَكُنَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلۡمُخۡلَصِينَ
Ayat 169
Terjemahan maknaTentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik
فَكَفَرُواْ بِهِۦۖ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ
Ayat 170
Terjemahan makna(Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya)
وَلَقَدۡ سَبَقَتۡ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Ayat 171
Terjemahan maknaDan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul
إِنَّهُمۡ لَهُمُ ٱلۡمَنصُورُونَ
Ayat 172
Terjemahan maknaBahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan
وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَٰلِبُونَ
Ayat 173
Terjemahan maknaDan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran)
فَتَوَلَّ عَنۡهُمۡ حَتَّىٰ حِينࣲ
Ayat 174
Terjemahan maknaOleh itu berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa
وَأَبۡصِرۡهُمۡ فَسَوۡفَ يُبۡصِرُونَ
Ayat 175
Terjemahan maknaDan lihat (apa yang akan menimpa) mereka; tidak lama kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu)
أَفَبِعَذَابِنَا يَسۡتَعۡجِلُونَ
Ayat 176
Terjemahan maknaMaka tidaklah patut mereka meminta disegerakan azab (yang telah ditetapkan oleh) Kami
فَإِذَا نَزَلَ بِسَاحَتِهِمۡ فَسَآءَ صَبَاحُ ٱلۡمُنذَرِينَ
Ayat 177
Terjemahan maknaKerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan
وَتَوَلَّ عَنۡهُمۡ حَتَّىٰ حِينࣲ
Ayat 178
Terjemahan maknaDan berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa
وَأَبۡصِرۡ فَسَوۡفَ يُبۡصِرُونَ
Ayat 179
Terjemahan maknaDan lihatlah (apa yang akan jadi); tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga
سُبۡحَٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلۡعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
Ayat 180
Terjemahan maknaAkuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan
وَسَلَٰمٌ عَلَى ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Ayat 181
Terjemahan maknaDan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul
وَٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
Ayat 182
Terjemahan maknaSerta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam