Panduan Al-Quran Dalam Talian

سُوْرَةُ الشُّعَرَآءِ

Ash-Shu'araa

Surah 26ayat 227 Diturunkan di MakkiyahJuzuk 19–19

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

طسٓمٓ

Ayat 1

Terjemahan maknaTaa, Siin, Miim

تِلۡكَ ءَايَٰتُ ٱلۡكِتَٰبِ ٱلۡمُبِينِ

Ayat 2

Terjemahan maknaIni ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata

لَعَلَّكَ بَٰخِعࣱ نَّفۡسَكَ أَلَّا يَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ

Ayat 3

Terjemahan maknaJangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman

إِن نَّشَأۡ نُنَزِّلۡ عَلَيۡهِم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ ءَايَةࣰ فَظَلَّتۡ أَعۡنَٰقُهُمۡ لَهَا خَٰضِعِينَ

Ayat 4

Terjemahan maknaKalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya

وَمَا يَأۡتِيهِم مِّن ذِكۡرࣲ مِّنَ ٱلرَّحۡمَٰنِ مُحۡدَثٍ إِلَّا كَانُواْ عَنۡهُ مُعۡرِضِينَ

Ayat 5

Terjemahan maknaDan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya

فَقَدۡ كَذَّبُواْ فَسَيَأۡتِيهِمۡ أَنۢبَٰٓؤُاْ مَا كَانُواْ بِهِۦ يَسۡتَهۡزِءُونَ

Ayat 6

Terjemahan maknaOleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu

أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَمۡ أَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوۡجࣲ كَرِيمٍ

Ayat 7

Terjemahan maknaMasihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةࣰۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ

Ayat 8

Terjemahan maknaSesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Ayat 9

Terjemahan maknaDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani

وَإِذۡ نَادَىٰ رَبُّكَ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱئۡتِ ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّٰلِمِينَ

Ayat 10

Terjemahan maknaDan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim

قَوۡمَ فِرۡعَوۡنَۚ أَلَا يَتَّقُونَ

Ayat 11

Terjemahan maknaIaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu

قَالَ رَبِّ إِنِّيٓ أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ

Ayat 12

Terjemahan maknaNabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku

وَيَضِيقُ صَدۡرِي وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِي فَأَرۡسِلۡ إِلَىٰ هَٰرُونَ

Ayat 13

Terjemahan maknaDan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku)

وَلَهُمۡ عَلَيَّ ذَنۢبࣱ فَأَخَافُ أَن يَقۡتُلُونِ

Ayat 14

Terjemahan maknaDan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku

قَالَ كَلَّاۖ فَٱذۡهَبَا بِـَٔايَٰتِنَآۖ إِنَّا مَعَكُم مُّسۡتَمِعُونَ

Ayat 15

Terjemahan maknaAllah berfirman: "Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar

فَأۡتِيَا فِرۡعَوۡنَ فَقُولَآ إِنَّا رَسُولُ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Ayat 16

Terjemahan maknaMaka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam

أَنۡ أَرۡسِلۡ مَعَنَا بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ

Ayat 17

Terjemahan maknaMenyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami

قَالَ أَلَمۡ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدࣰ ا وَلَبِثۡتَ فِينَا مِنۡ عُمُرِكَ سِنِينَ

Ayat 18

Terjemahan maknaFiraun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu

وَفَعَلۡتَ فَعۡلَتَكَ ٱلَّتِي فَعَلۡتَ وَأَنتَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ

Ayat 19

Terjemahan maknaDan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi

قَالَ فَعَلۡتُهَآ إِذࣰ ا وَأَنَا۠ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ

Ayat 20

Terjemahan maknaNabi Musa berkata: "Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk

فَفَرَرۡتُ مِنكُمۡ لَمَّا خِفۡتُكُمۡ فَوَهَبَ لِي رَبِّي حُكۡمࣰ ا وَجَعَلَنِي مِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ

Ayat 21

Terjemahan maknaLalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya

وَتِلۡكَ نِعۡمَةࣱ تَمُنُّهَا عَلَيَّ أَنۡ عَبَّدتَّ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ

Ayat 22

Terjemahan maknaDan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil

قَالَ فِرۡعَوۡنُ وَمَا رَبُّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Ayat 23

Terjemahan maknaFiraun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu

قَالَ رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَآۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ

Ayat 24

Terjemahan maknaNabi Musa menjawab. "Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya

قَالَ لِمَنۡ حَوۡلَهُۥٓ أَلَا تَسۡتَمِعُونَ

Ayat 25

Terjemahan maknaFiraun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)

قَالَ رَبُّكُمۡ وَرَبُّ ءَابَآئِكُمُ ٱلۡأَوَّلِينَ

Ayat 26

Terjemahan maknaNabi Musa menegaskan lagi: "Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu

قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ ٱلَّذِيٓ أُرۡسِلَ إِلَيۡكُمۡ لَمَجۡنُونࣱ‏

Ayat 27

Terjemahan maknaFiraun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila

قَالَ رَبُّ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ وَمَا بَيۡنَهُمَآۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ

Ayat 28

Terjemahan maknaNabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: "Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya

قَالَ لَئِنِ ٱتَّخَذۡتَ إِلَٰهًا غَيۡرِي لَأَجۡعَلَنَّكَ مِنَ ٱلۡمَسۡجُونِينَ

Ayat 29

Terjemahan maknaFiraun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan

قَالَ أَوَلَوۡ جِئۡتُكَ بِشَيۡءࣲ مُّبِينࣲ‏

Ayat 30

Terjemahan maknaNabi Musa menjawab: "Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata

قَالَ فَأۡتِ بِهِۦٓ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ

Ayat 31

Terjemahan maknaFiraun berkata: "Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar

فَأَلۡقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعۡبَانࣱ مُّبِينࣱ‏

Ayat 32

Terjemahan maknaNabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata

وَنَزَعَ يَدَهُۥ فَإِذَا هِيَ بَيۡضَآءُ لِلنَّٰظِرِينَ

Ayat 33

Terjemahan maknaDan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya

قَالَ لِلۡمَلَإِ حَوۡلَهُۥٓ إِنَّ هَٰذَا لَسَٰحِرٌ عَلِيمࣱ‏

Ayat 34

Terjemahan maknaFiraun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir

يُرِيدُ أَن يُخۡرِجَكُم مِّنۡ أَرۡضِكُم بِسِحۡرِهِۦ فَمَاذَا تَأۡمُرُونَ

Ayat 35

Terjemahan maknaIa bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan

قَالُوٓاْ أَرۡجِهۡ وَأَخَاهُ وَٱبۡعَثۡ فِي ٱلۡمَدَآئِنِ حَٰشِرِينَ

Ayat 36

Terjemahan maknaMereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir)

يَأۡتُوكَ بِكُلِّ سَحَّارٍ عَلِيمࣲ‏

Ayat 37

Terjemahan maknaSupaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir

فَجُمِعَ ٱلسَّحَرَةُ لِمِيقَٰتِ يَوۡمࣲ مَّعۡلُومࣲ‏

Ayat 38

Terjemahan maknaLalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum

وَقِيلَ لِلنَّاسِ هَلۡ أَنتُم مُّجۡتَمِعُونَ

Ayat 39

Terjemahan maknaDan dikatakan kepada orang ramai: "Berkumpulah kamu semuanya

لَعَلَّنَا نَتَّبِعُ ٱلسَّحَرَةَ إِن كَانُواْ هُمُ ٱلۡغَٰلِبِينَ

Ayat 40

Terjemahan maknaSemoga kita (tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang

فَلَمَّا جَآءَ ٱلسَّحَرَةُ قَالُواْ لِفِرۡعَوۡنَ أَئِنَّ لَنَا لَأَجۡرًا إِن كُنَّا نَحۡنُ ٱلۡغَٰلِبِينَ

Ayat 41

Terjemahan maknaMaka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang

قَالَ نَعَمۡ وَإِنَّكُمۡ إِذࣰ ا لَّمِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ

Ayat 42

Terjemahan maknaFiraun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku

قَالَ لَهُم مُّوسَىٰٓ أَلۡقُواْ مَآ أَنتُم مُّلۡقُونَ

Ayat 43

Terjemahan maknaNabi Musa berkata kepada mereka: "Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan

فَأَلۡقَوۡاْ حِبَالَهُمۡ وَعِصِيَّهُمۡ وَقَالُواْ بِعِزَّةِ فِرۡعَوۡنَ إِنَّا لَنَحۡنُ ٱلۡغَٰلِبُونَ

Ayat 44

Terjemahan maknaLalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: "Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang

فَأَلۡقَىٰ مُوسَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ تَلۡقَفُ مَا يَأۡفِكُونَ

Ayat 45

Terjemahan maknaKemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka)

فَأُلۡقِيَ ٱلسَّحَرَةُ سَٰجِدِينَ

Ayat 46

Terjemahan maknaMaka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud

قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Ayat 47

Terjemahan maknaSambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam

رَبِّ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ

Ayat 48

Terjemahan maknaTuhan Nabi Musa dan Nabi Harun

قَالَ ءَامَنتُمۡ لَهُۥ قَبۡلَ أَنۡ ءَاذَنَ لَكُمۡۖ إِنَّهُۥ لَكَبِيرُكُمُ ٱلَّذِي عَلَّمَكُمُ ٱلسِّحۡرَ فَلَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَۚ لَأُقَطِّعَنَّ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَرۡجُلَكُم مِّنۡ خِلَٰفࣲ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمۡ أَجۡمَعِينَ

Ayat 49

Terjemahan maknaFiraun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya

قَالُواْ لَا ضَيۡرَۖ إِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ

Ayat 50

Terjemahan maknaMereka menjawab: "(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami

إِنَّا نَطۡمَعُ أَن يَغۡفِرَ لَنَا رَبُّنَا خَطَٰيَٰنَآ أَن كُنَّآ أَوَّلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Ayat 51

Terjemahan maknaSesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)

۞وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَسۡرِ بِعِبَادِيٓ إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ

Ayat 52

Terjemahan makna(Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)

فَأَرۡسَلَ فِرۡعَوۡنُ فِي ٱلۡمَدَآئِنِ حَٰشِرِينَ

Ayat 53

Terjemahan makna(Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya)

إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ لَشِرۡذِمَةࣱ قَلِيلُونَ

Ayat 54

Terjemahan makna(Sambil berkata kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil

وَإِنَّهُمۡ لَنَا لَغَآئِظُونَ

Ayat 55

Terjemahan maknaDan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah

وَإِنَّا لَجَمِيعٌ حَٰذِرُونَ

Ayat 56

Terjemahan maknaDan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga

فَأَخۡرَجۡنَٰهُم مِّن جَنَّٰتࣲ وَعُيُونࣲ‏

Ayat 57

Terjemahan maknaDengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair

وَكُنُوزࣲ وَمَقَامࣲ كَرِيمࣲ‏

Ayat 58

Terjemahan maknaDan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia

كَذَٰلِكَۖ وَأَوۡرَثۡنَٰهَا بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ

Ayat 59

Terjemahan maknaDemikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka

فَأَتۡبَعُوهُم مُّشۡرِقِينَ

Ayat 60

Terjemahan maknaMaka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit

فَلَمَّا تَرَٰٓءَا ٱلۡجَمۡعَانِ قَالَ أَصۡحَٰبُ مُوسَىٰٓ إِنَّا لَمُدۡرَكُونَ

Ayat 61

Terjemahan maknaSetelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan

قَالَ كَلَّآۖ إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهۡدِينِ

Ayat 62

Terjemahan maknaNabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku

فَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضۡرِب بِّعَصَاكَ ٱلۡبَحۡرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرۡقࣲ كَٱلطَّوۡدِ ٱلۡعَظِيمِ

Ayat 63

Terjemahan maknaLalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar

وَأَزۡلَفۡنَا ثَمَّ ٱلۡأٓخَرِينَ

Ayat 64

Terjemahan maknaDan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ

وَأَنجَيۡنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُۥٓ أَجۡمَعِينَ

Ayat 65

Terjemahan maknaDan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya

ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا ٱلۡأٓخَرِينَ

Ayat 66

Terjemahan maknaKemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya)

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةࣰۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ

Ayat 67

Terjemahan maknaSesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Ayat 68

Terjemahan maknaDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ إِبۡرَٰهِيمَ

Ayat 69

Terjemahan maknaDan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim

إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦ مَا تَعۡبُدُونَ

Ayat 70

Terjemahan maknaKetika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah

قَالُواْ نَعۡبُدُ أَصۡنَامࣰ ا فَنَظَلُّ لَهَا عَٰكِفِينَ

Ayat 71

Terjemahan maknaMereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya

قَالَ هَلۡ يَسۡمَعُونَكُمۡ إِذۡ تَدۡعُونَ

Ayat 72

Terjemahan maknaNabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya

أَوۡ يَنفَعُونَكُمۡ أَوۡ يَضُرُّونَ

Ayat 73

Terjemahan maknaAtau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya

قَالُواْ بَلۡ وَجَدۡنَآ ءَابَآءَنَا كَذَٰلِكَ يَفۡعَلُونَ

Ayat 74

Terjemahan maknaMereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian

قَالَ أَفَرَءَيۡتُم مَّا كُنتُمۡ تَعۡبُدُونَ

Ayat 75

Terjemahan maknaNabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu

أَنتُمۡ وَءَابَآؤُكُمُ ٱلۡأَقۡدَمُونَ

Ayat 76

Terjemahan makna(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu

فَإِنَّهُمۡ عَدُوࣱّ لِّيٓ إِلَّا رَبَّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Ayat 77

Terjemahan makna(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam

ٱلَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهۡدِينِ

Ayat 78

Terjemahan maknaTuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku

وَٱلَّذِي هُوَ يُطۡعِمُنِي وَيَسۡقِينِ

Ayat 79

Terjemahan maknaDan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum

وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ

Ayat 80

Terjemahan maknaDan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku

وَٱلَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحۡيِينِ

Ayat 81

Terjemahan maknaDan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku

وَٱلَّذِيٓ أَطۡمَعُ أَن يَغۡفِرَ لِي خَطِيٓـَٔتِي يَوۡمَ ٱلدِّينِ

Ayat 82

Terjemahan maknaDan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat

رَبِّ هَبۡ لِي حُكۡمࣰ ا وَأَلۡحِقۡنِي بِٱلصَّٰلِحِينَ

Ayat 83

Terjemahan maknaWahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَٱجۡعَل لِّي لِسَانَ صِدۡقࣲ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ

Ayat 84

Terjemahan maknaDan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَٱجۡعَلۡنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ

Ayat 85

Terjemahan maknaDan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَٱغۡفِرۡ لِأَبِيٓ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ

Ayat 86

Terjemahan maknaDan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat

وَلَا تُخۡزِنِي يَوۡمَ يُبۡعَثُونَ

Ayat 87

Terjemahan maknaDan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula

يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالࣱ وَلَا بَنُونَ

Ayat 88

Terjemahan maknaHari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبࣲ سَلِيمࣲ‏

Ayat 89

Terjemahan maknaKecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)

وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ

Ayat 90

Terjemahan maknaDan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِلۡغَاوِينَ

Ayat 91

Terjemahan maknaDan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat

وَقِيلَ لَهُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡبُدُونَ

Ayat 92

Terjemahan maknaSerta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu

مِن دُونِ ٱللَّهِ هَلۡ يَنصُرُونَكُمۡ أَوۡ يَنتَصِرُونَ

Ayat 93

Terjemahan maknaSelain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri

فَكُبۡكِبُواْ فِيهَا هُمۡ وَٱلۡغَاوُۥنَ

Ayat 94

Terjemahan maknaLalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama

وَجُنُودُ إِبۡلِيسَ أَجۡمَعُونَ

Ayat 95

Terjemahan maknaTermasuk juga bala tentera iblis semuanya

قَالُواْ وَهُمۡ فِيهَا يَخۡتَصِمُونَ

Ayat 96

Terjemahan maknaMereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka

تَٱللَّهِ إِن كُنَّا لَفِي ضَلَٰلࣲ مُّبِينٍ

Ayat 97

Terjemahan maknaDemi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata

إِذۡ نُسَوِّيكُم بِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Ayat 98

Terjemahan maknaKerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam

وَمَآ أَضَلَّنَآ إِلَّا ٱلۡمُجۡرِمُونَ

Ayat 99

Terjemahan maknaDan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa

فَمَا لَنَا مِن شَٰفِعِينَ

Ayat 100

Terjemahan maknaDengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan

وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمࣲ‏

Ayat 101

Terjemahan maknaDan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa

فَلَوۡ أَنَّ لَنَا كَرَّةࣰ فَنَكُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Ayat 102

Terjemahan maknaMaka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةࣰۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ

Ayat 103

Terjemahan maknaSesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Ayat 104

Terjemahan maknaDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani

كَذَّبَتۡ قَوۡمُ نُوحٍ ٱلۡمُرۡسَلِينَ

Ayat 105

Terjemahan makna(Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka)

إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ نُوحٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Ayat 106

Terjemahan maknaKetika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya

إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينࣱ‏

Ayat 107

Terjemahan maknaSesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu

فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Ayat 108

Terjemahan maknaOleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku

وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Ayat 109

Terjemahan maknaDan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam

فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Ayat 110

Terjemahan maknaMaka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku

۞قَالُوٓاْ أَنُؤۡمِنُ لَكَ وَٱتَّبَعَكَ ٱلۡأَرۡذَلُونَ

Ayat 111

Terjemahan maknaMereka menjawab: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)

قَالَ وَمَا عِلۡمِي بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

Ayat 112

Terjemahan maknaNabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka

إِنۡ حِسَابُهُمۡ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّيۖ لَوۡ تَشۡعُرُونَ

Ayat 113

Terjemahan maknaSebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian)

وَمَآ أَنَا۠ بِطَارِدِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Ayat 114

Terjemahan maknaDan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku)

إِنۡ أَنَا۠ إِلَّا نَذِيرࣱ مُّبِينࣱ‏

Ayat 115

Terjemahan maknaAku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)

قَالُواْ لَئِن لَّمۡ تَنتَهِ يَٰنُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمَرۡجُومِينَ

Ayat 116

Terjemahan maknaMereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam

قَالَ رَبِّ إِنَّ قَوۡمِي كَذَّبُونِ

Ayat 117

Terjemahan maknaNabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku

فَٱفۡتَحۡ بَيۡنِي وَبَيۡنَهُمۡ فَتۡحࣰ ا وَنَجِّنِي وَمَن مَّعِيَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Ayat 118

Terjemahan maknaOleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku

فَأَنجَيۡنَٰهُ وَمَن مَّعَهُۥ فِي ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ

Ayat 119

Terjemahan maknaMaka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk)

ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا بَعۡدُ ٱلۡبَاقِينَ

Ayat 120

Terjemahan maknaKemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera)

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةࣰۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ

Ayat 121

Terjemahan maknaSesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Ayat 122

Terjemahan maknaDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani

كَذَّبَتۡ عَادٌ ٱلۡمُرۡسَلِينَ

Ayat 123

Terjemahan makna(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka)

إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ هُودٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Ayat 124

Terjemahan maknaKetika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya

إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينࣱ‏

Ayat 125

Terjemahan maknaSesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu

فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Ayat 126

Terjemahan maknaOleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku

وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Ayat 127

Terjemahan maknaDan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam

أَتَبۡنُونَ بِكُلِّ رِيعٍ ءَايَةࣰ تَعۡبَثُونَ

Ayat 128

Terjemahan maknaPatutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik

وَتَتَّخِذُونَ مَصَانِعَ لَعَلَّكُمۡ تَخۡلُدُونَ

Ayat 129

Terjemahan maknaDan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya

وَإِذَا بَطَشۡتُم بَطَشۡتُمۡ جَبَّارِينَ

Ayat 130

Terjemahan maknaDan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis

فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Ayat 131

Terjemahan maknaOleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku

وَٱتَّقُواْ ٱلَّذِيٓ أَمَدَّكُم بِمَا تَعۡلَمُونَ

Ayat 132

Terjemahan maknaDan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya

أَمَدَّكُم بِأَنۡعَٰمࣲ وَبَنِينَ

Ayat 133

Terjemahan maknaDiberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai)

وَجَنَّٰتࣲ وَعُيُونٍ

Ayat 134

Terjemahan maknaDan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir)

إِنِّيٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمࣲ‏

Ayat 135

Terjemahan maknaSesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)

قَالُواْ سَوَآءٌ عَلَيۡنَآ أَوَعَظۡتَ أَمۡ لَمۡ تَكُن مِّنَ ٱلۡوَٰعِظِينَ

Ayat 136

Terjemahan maknaMereka menjawab: "Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran

إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا خُلُقُ ٱلۡأَوَّلِينَ

Ayat 137

Terjemahan maknaSegala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala

وَمَا نَحۡنُ بِمُعَذَّبِينَ

Ayat 138

Terjemahan maknaDan kami pula tidak akan diseksa

فَكَذَّبُوهُ فَأَهۡلَكۡنَٰهُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةࣰۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ

Ayat 139

Terjemahan maknaAkhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Ayat 140

Terjemahan maknaDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani

كَذَّبَتۡ ثَمُودُ ٱلۡمُرۡسَلِينَ

Ayat 141

Terjemahan makna(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka)

إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ صَٰلِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Ayat 142

Terjemahan maknaKetika saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya

إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينࣱ‏

Ayat 143

Terjemahan maknaSesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu

فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Ayat 144

Terjemahan maknaOleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku

وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Ayat 145

Terjemahan maknaDan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam

أَتُتۡرَكُونَ فِي مَا هَٰهُنَآ ءَامِنِينَ

Ayat 146

Terjemahan maknaAdakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini

فِي جَنَّٰتࣲ وَعُيُونࣲ‏

Ayat 147

Terjemahan maknaDi dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir)

وَزُرُوعࣲ وَنَخۡلࣲ طَلۡعُهَا هَضِيمࣱ‏

Ayat 148

Terjemahan maknaDan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut

وَتَنۡحِتُونَ مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتࣰ ا فَٰرِهِينَ

Ayat 149

Terjemahan maknaDan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh

فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Ayat 150

Terjemahan maknaOleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku

وَلَا تُطِيعُوٓاْ أَمۡرَ ٱلۡمُسۡرِفِينَ

Ayat 151

Terjemahan maknaDan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas

ٱلَّذِينَ يُفۡسِدُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا يُصۡلِحُونَ

Ayat 152

Terjemahan maknaIaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan

قَالُوٓاْ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلۡمُسَحَّرِينَ

Ayat 153

Terjemahan maknaMereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir

مَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرࣱ مِّثۡلُنَا فَأۡتِ بِـَٔايَةٍ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ

Ayat 154

Terjemahan maknaEngkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar

قَالَ هَٰذِهِۦ نَاقَةࣱ لَّهَا شِرۡبࣱ وَلَكُمۡ شِرۡبُ يَوۡمࣲ مَّعۡلُومࣲ‏

Ayat 155

Terjemahan maknaNabi Soleh berkata: "Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu

وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوٓءࣲ فَيَأۡخُذَكُمۡ عَذَابُ يَوۡمٍ عَظِيمࣲ‏

Ayat 156

Terjemahan maknaDan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)

فَعَقَرُوهَا فَأَصۡبَحُواْ نَٰدِمِينَ

Ayat 157

Terjemahan maknaAkhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana)

فَأَخَذَهُمُ ٱلۡعَذَابُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةࣰۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ

Ayat 158

Terjemahan maknaLalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Ayat 159

Terjemahan maknaDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani

كَذَّبَتۡ قَوۡمُ لُوطٍ ٱلۡمُرۡسَلِينَ

Ayat 160

Terjemahan makna(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka)

إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Ayat 161

Terjemahan maknaKetika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya

إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينࣱ‏

Ayat 162

Terjemahan maknaSesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu

فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Ayat 163

Terjemahan maknaOleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku

وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Ayat 164

Terjemahan maknaDan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam

أَتَأۡتُونَ ٱلذُّكۡرَانَ مِنَ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Ayat 165

Terjemahan maknaPatutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia

وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمۡ رَبُّكُم مِّنۡ أَزۡوَٰجِكُمۚ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٌ عَادُونَ

Ayat 166

Terjemahan maknaDan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)

قَالُواْ لَئِن لَّمۡ تَنتَهِ يَٰلُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُخۡرَجِينَ

Ayat 167

Terjemahan maknaMereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar

قَالَ إِنِّي لِعَمَلِكُم مِّنَ ٱلۡقَالِينَ

Ayat 168

Terjemahan maknaNabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu

رَبِّ نَجِّنِي وَأَهۡلِي مِمَّا يَعۡمَلُونَ

Ayat 169

Terjemahan makna(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu

فَنَجَّيۡنَٰهُ وَأَهۡلَهُۥٓ أَجۡمَعِينَ

Ayat 170

Terjemahan maknaMaka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya

إِلَّا عَجُوزࣰ ا فِي ٱلۡغَٰبِرِينَ

Ayat 171

Terjemahan maknaKecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu

ثُمَّ دَمَّرۡنَا ٱلۡأٓخَرِينَ

Ayat 172

Terjemahan maknaKemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut)

وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهِم مَّطَرࣰ اۖ فَسَآءَ مَطَرُ ٱلۡمُنذَرِينَ

Ayat 173

Terjemahan maknaDan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةࣰۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ

Ayat 174

Terjemahan maknaSesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Ayat 175

Terjemahan maknaDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani

كَذَّبَ أَصۡحَٰبُ لۡـَٔيۡكَةِ ٱلۡمُرۡسَلِينَ

Ayat 176

Terjemahan makna(Demikian juga) penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka)

إِذۡ قَالَ لَهُمۡ شُعَيۡبٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Ayat 177

Terjemahan maknaKetika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya

إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينࣱ‏

Ayat 178

Terjemahan maknaSesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu

فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ

Ayat 179

Terjemahan maknaOleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku

وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Ayat 180

Terjemahan maknaDan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam

۞أَوۡفُواْ ٱلۡكَيۡلَ وَلَا تَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُخۡسِرِينَ

Ayat 181

Terjemahan maknaHendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain

وَزِنُواْ بِٱلۡقِسۡطَاسِ ٱلۡمُسۡتَقِيمِ

Ayat 182

Terjemahan maknaDan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya

وَلَا تَبۡخَسُواْ ٱلنَّاسَ أَشۡيَآءَهُمۡ وَلَا تَعۡثَوۡاْ فِي ٱلۡأَرۡضِ مُفۡسِدِينَ

Ayat 183

Terjemahan maknaDan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi

وَٱتَّقُواْ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ وَٱلۡجِبِلَّةَ ٱلۡأَوَّلِينَ

Ayat 184

Terjemahan maknaDan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu

قَالُوٓاْ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلۡمُسَحَّرِينَ

Ayat 185

Terjemahan maknaMereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir

وَمَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرࣱ مِّثۡلُنَا وَإِن نَّظُنُّكَ لَمِنَ ٱلۡكَٰذِبِينَ

Ayat 186

Terjemahan maknaDan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta

فَأَسۡقِطۡ عَلَيۡنَا كِسَفࣰ ا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ

Ayat 187

Terjemahan maknaOleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar

قَالَ رَبِّيٓ أَعۡلَمُ بِمَا تَعۡمَلُونَ

Ayat 188

Terjemahan maknaNabi Syuaib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan

فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمۡ عَذَابُ يَوۡمِ ٱلظُّلَّةِۚ إِنَّهُۥ كَانَ عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٍ

Ayat 189

Terjemahan maknaMaka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya)

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةࣰۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ

Ayat 190

Terjemahan maknaSesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

Ayat 191

Terjemahan maknaDan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani

وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Ayat 192

Terjemahan maknaDan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam

نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلۡأَمِينُ

Ayat 193

Terjemahan maknaIa dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah

عَلَىٰ قَلۡبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُنذِرِينَ

Ayat 194

Terjemahan maknaKe dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia)

بِلِسَانٍ عَرَبِيࣲّ مُّبِينࣲ‏

Ayat 195

Terjemahan makna(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata

وَإِنَّهُۥ لَفِي زُبُرِ ٱلۡأَوَّلِينَ

Ayat 196

Terjemahan maknaDan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu

أَوَلَمۡ يَكُن لَّهُمۡ ءَايَةً أَن يَعۡلَمَهُۥ عُلَمَٰٓؤُاْ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ

Ayat 197

Terjemahan makna(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu

وَلَوۡ نَزَّلۡنَٰهُ عَلَىٰ بَعۡضِ ٱلۡأَعۡجَمِينَ

Ayat 198

Terjemahan maknaDan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab

فَقَرَأَهُۥ عَلَيۡهِم مَّا كَانُواْ بِهِۦ مُؤۡمِنِينَ

Ayat 199

Terjemahan maknaKemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan

كَذَٰلِكَ سَلَكۡنَٰهُ فِي قُلُوبِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ

Ayat 200

Terjemahan maknaDemikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran

لَا يُؤۡمِنُونَ بِهِۦ حَتَّىٰ يَرَوُاْ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ

Ayat 201

Terjemahan maknaMereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya

فَيَأۡتِيَهُم بَغۡتَةࣰ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ

Ayat 202

Terjemahan maknaLalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya

فَيَقُولُواْ هَلۡ نَحۡنُ مُنظَرُونَ

Ayat 203

Terjemahan maknaMaka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami diberi tempoh

أَفَبِعَذَابِنَا يَسۡتَعۡجِلُونَ

Ayat 204

Terjemahan makna(Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami

أَفَرَءَيۡتَ إِن مَّتَّعۡنَٰهُمۡ سِنِينَ

Ayat 205

Terjemahan maknaBagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun

ثُمَّ جَآءَهُم مَّا كَانُواْ يُوعَدُونَ

Ayat 206

Terjemahan maknaKemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka

مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُم مَّا كَانُواْ يُمَتَّعُونَ

Ayat 207

Terjemahan makna(Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan

وَمَآ أَهۡلَكۡنَا مِن قَرۡيَةٍ إِلَّا لَهَا مُنذِرُونَ

Ayat 208

Terjemahan maknaDan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran

ذِكۡرَىٰ وَمَا كُنَّا ظَٰلِمِينَ

Ayat 209

Terjemahan maknaMemperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim

وَمَا تَنَزَّلَتۡ بِهِ ٱلشَّيَٰطِينُ

Ayat 210

Terjemahan maknaDan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan

وَمَا يَنۢبَغِي لَهُمۡ وَمَا يَسۡتَطِيعُونَ

Ayat 211

Terjemahan maknaDan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya

إِنَّهُمۡ عَنِ ٱلسَّمۡعِ لَمَعۡزُولُونَ

Ayat 212

Terjemahan maknaSesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat

فَلَا تَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ فَتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُعَذَّبِينَ

Ayat 213

Terjemahan maknaMaka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa

وَأَنذِرۡ عَشِيرَتَكَ ٱلۡأَقۡرَبِينَ

Ayat 214

Terjemahan maknaDan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat

وَٱخۡفِضۡ جَنَاحَكَ لِمَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Ayat 215

Terjemahan maknaDan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman

فَإِنۡ عَصَوۡكَ فَقُلۡ إِنِّي بَرِيٓءࣱ مِّمَّا تَعۡمَلُونَ

Ayat 216

Terjemahan maknaKemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan

وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ

Ayat 217

Terjemahan maknaDan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani

ٱلَّذِي يَرَىٰكَ حِينَ تَقُومُ

Ayat 218

Terjemahan maknaYang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang)

وَتَقَلُّبَكَ فِي ٱلسَّٰجِدِينَ

Ayat 219

Terjemahan maknaDan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud

إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ

Ayat 220

Terjemahan maknaSesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

هَلۡ أُنَبِّئُكُمۡ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ ٱلشَّيَٰطِينُ

Ayat 221

Terjemahan maknaMahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun

تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمࣲ‏

Ayat 222

Terjemahan maknaMereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa

يُلۡقُونَ ٱلسَّمۡعَ وَأَكۡثَرُهُمۡ كَٰذِبُونَ

Ayat 223

Terjemahan maknaYang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta

وَٱلشُّعَرَآءُ يَتَّبِعُهُمُ ٱلۡغَاوُۥنَ

Ayat 224

Terjemahan maknaDan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala

أَلَمۡ تَرَ أَنَّهُمۡ فِي كُلِّ وَادࣲ يَهِيمُونَ

Ayat 225

Terjemahan maknaTidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)

وَأَنَّهُمۡ يَقُولُونَ مَا لَا يَفۡعَلُونَ

Ayat 226

Terjemahan maknaDan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَذَكَرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرࣰ ا وَٱنتَصَرُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا ظُلِمُواْۗ وَسَيَعۡلَمُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَيَّ مُنقَلَبࣲ يَنقَلِبُونَ

Ayat 227

Terjemahan maknaKecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali

Tetapan